Monday, December 13, 2010

RINDU

Princess Yin Yin balik ikut Cik Nani sebab rindu ngan bonda. Nak teman bonda katanya. So sweet.....

Belum apa-apa nangis pulak. Kenapa ya?

Katanya rindu pada kakak. Alamak camne ni....nanti kan kakak balik ngan ayah.

Yin boring takde kawan. Kakak takde. Ain ngan Anis dah pindah. Kimi pun tak datang. Yin nak kakak.
Aduh....susah lah macam ni =[

Hantar rumah mak B ingatkan dia ok sebab ada Mohamad, Alif, Wafi dan ramai lagi yang boleh layan dia. Hek eleh....petang amik dia, Mak B cakap dia asyik nangis. Nak Ibu, rindu ibu....Macam-macam dah buat nak hiburkan hatinya; makan aiskrim, main make-up, geletek, hatta Mohamad yang tak pernah nak kongsi mainan keretanyapun dah sharekan keretanya tapi tetap murung.....Apa dah jadi ni...

Ayah Leman cakap; dah buat yang terbaik ni.....tetap nangis jugak. Cuma bila jam dah pukul 4.30ptg baru dia senyum sikit. Sebab tau ibu bakal amik dia.

Rindu sangatlah tu....

Di rumah sepanjang hujung minggu pun asyik nangis. Bukak je mata, dah nangis minta nak telefon kakak. Bila tengok tv nak pulak favourite kartun dia ngan kakak dia ingat kat kakak. Nangis lagi....

Malam ajak bonda gi Jiason(Greenpoint). Hai...anakanda ku, kalau hari-hari gi Jiason mau pokai bonda dibuatnya. Tapi katanya kalau gi Jiason tak bosan, ada ramai orang. Kat rumah bosan!

Bosan ke? Dah macam-macam bonda layan tau, main game; didigaemes, psp, ps2, tengok dvd kartun lagi...apa lagi yang tak dibuat....Semua dah layan....

Rindu sangat ke? Bosan ke? Meh kita sama-sama bosan teman bonda jahit baju dan jahit manik k.

P/s: Bondapun bosan gak ni. Tu yang jahit baju nak habiskan masa. Keliling rumah dah macam hutan, tak kuasa nak cerahkan. Nak upah orang tapi dah berkali-kali pesan, tak datang2 jugak. Bosan!

Main game tak sampai 1/2 jam dah bosan.
Dah di umpan baju baru dari Sabah, Cokelat dari Langkawi pun tak jalan.

Senyum lah sikit sayang....
Penat Bonda siapkan baju tu tau...

Haziq dah semakin handsome dan happy je =)

Dah tak jadi mat buai. Jadi Mat Senyum plak.
Pantang diagah senyumlah dia.

Friday, November 19, 2010

SEKITAR KONVO PRINCESS YIN YIN

Diam tak diam dah sampai penghujung tahun. Princess Yin Yin dah tamat  graduation daynya hari ahad lepas. Sungguh teruja melihat keletah anak-anak kecil membuat persembahan. Walaupun tahun ni tak sehebat tahun-tahun yang lalu tapi tetap menghiburkan.

Princess YinYin dapat watak Mother duck. Tapi sayang topi yang dipakainya telah menutup mukanya. apalagi bila dia asyik membelakangi audience. Tak banyak gambarnya yang boleh diambil tapi still enjoy to see her on stage.







Thursday, November 4, 2010

Emo Tak Stabil!

Last 2 days emo bonda memang tak stabil. Marah, sedih, gembira pun ada jugak. Entahlah kenapa.
Alhamdulillah hari ni bonda dah tenang. Hopefully....semuanya ok....Lemah badan ni kalau asyik nak marah...

Malam tadi The 2 Princess tunjukkan markah peperiksaan akhir mereka. Agak mengecewakan jugak sebab tak mencapai target yang dikehendaki. Memang dua-dua kena basuh especially bila tengok yang salah rupanya soalan yang mudah. Walaupun masih dalam lingkungan ok sebab tak ada C tapi still ....

Malam tadi tengok ada perubahan sikit pada Princess Mimie. Pagi ni pun dia bangun awal dari bonda. Jangan hangat-hangat tahi ayam dah.....

Harapan bonda cuma nak lihat peribadi dan ketrampilan serta prestasi pembelajaran yang baik dari 3 Princess. Hopefully they learn something from all that had happened these few days....

Bonda will always support your good intentions if and only if you know that it comes with lots of hopes. That is you learn something from it each day and try your best to improve yourself to be a better child. Not just to me but overall to the community.

Discipline is something that you need to develop it in yourself. No one can make you to do it unless you yourself wanted to do it. It started from the moment you wake up from your sleep until you are far asleep. Plan and determine your goal for each day and acts towards achieving it. If you want to be discipline then it will follow you just like a shadow and will guide you to a great victory. In simple words : BE A GOOD DAUGHTER, GOOD STUDENT AND GOOD HAMBA ALLAH. That goes to me too....

Well, I do feel better today emosianally but my stomach seems to have problems.... Need to go then...
Bye...

P/S: Thanks for all the support given.

Tuesday, November 2, 2010

EDUCATE THE YOUNG PRINCESS?

It's easy to say go to school and make sure you listen to your teacher's. But how much do they really learn? Do they know how to use it in their lives? Practically it's not that easy to teach them. We can say this and that.Teach them everything that we know. But how can we be sure they understand it. How can we make them understand that they need to know it, they need to have knowledge to guide them through their lives?

Today, bonda naik angin dengan 3 Princess especially Princess Mimie. Dah banyak kali diingatkan benda yang sama tapi masih juga tak faham dan tak mau faham. Entah kenapa asyik je naik angin dengan 3 princess. Sometimes rasa nak pergi jauh je dari tanggungjawab yang berat ni. Tapi inilah anugerah Tuhan dan inilah dugaanNya. Makin tambah usia 3 Princess makin bertambah jugalah tanggungjawab bonda untuk memastikan semuanya ok. From A to Z.

At time like this make me wish there's someone here with me, support me and give me solutions even though it's a silly one.  But hey! I'm alone eventhough I do have a partner.  Not that I wanna complaint or what but sometimes it's there Questioning me towards my life.

I guess Lonely will never leaves me behind. Always there where ever I go. That's what I feel now. Lucky me the only things that keep me going is my desire to do it right. My way. Not what people say or what people think. Just my way..............................

There are so many things inside my thick head. Feel like it's gonna explode. Got to be more patient and leaves it to God then.

Ya Allah,
Ya Rohman,
Ya Rohim,
Ya Malik,
Ya Qudus,
Ya Salam,
Ya Mu'min,
Ya Muhaimin,
Ya Aziz,
Ya Jabar,
Ya Mutakabbir...................................

Friday, October 29, 2010

Education Is A Lifelong Affair

All of us have lessons we refuse to learn. But we keep bumping into sticky situations until we grow up and deal with them. If we get His point then.

Then again Life is complicated. It starts before we're ready, it continues while we're still trying to figure out the point of it. And it ends long before we've worked out just what to do. I read this from somewhere- forgot already where from.

What a blessing if what we are meant to do in our life is just that - school. No worries, no headache of the financial, politics, social or what so ever.

But then again schooling nowadays is a lot different from years ago. In those days we've been taught to be polite, how to survive in a simple world and prepare us  for life.

Nowadays schooling means you had to compete with each other. Childrens are dumped with complicated subjects that they hardly understand why they have to learn it. Furthermore some of it it has very few use in the years ahead. Well maybe a few  is useful. But most of it will lost as we get older.

Wah! hebatnya entri kali ni. Aku ke yang tulis ni.....

Sedang buntu mencari idea nak dimuatkan dalam assignment merepeklah sekejap kan. Susahnya nak buat assignment berbentuk perbincangan ni. Selalu buat proposal.... memang no hal...sekejapan dah siap. Boleh buat slide presentation yang giler punya. Tapi bila kena buat assignment ala ala masa zaman belajar dulu dah macam orang bodoh pulak. Tak tau mana nak mula, nak masukkan perkara apa, contoh yang bagaimana, nak menjurus kepada amalan positif atau negatif. Ahh!!! pening.....

Mungkin betul jugak cakap rakanku kena berjumpa bos lama ku....topic  yang aku dapat lebih kepada pekerjaan bos lama ku. Yap...thats what I'm gonna do today......Interview my old boss.

Busy la sangat kan?!

Monday, October 25, 2010

BULAN PEPERIKSAAN

Bukan setakat anak2 je yang periksa, ibu dan ayah pun sama, ada periksa. Disuruh belajar...belajarlah sangat....pegang buku tapi mata ke arah tv. Sekejap je dah belayar ke tempat lain. Di ajak pegi shopping semua laju....

Cuba kalau ajak belajar sama excitednye macam nak pegi shopping.... >___<

Hari ni first time Princess Yin Yin periksa. Risau jugak sebab tak tau macam mana prestasi dia sebelum ni. Belum pernah diduga. Biasa kalau ditanya ada masanya dia dah kenal huruf tapi ada masa terlupa pulak...Lebih risau sebab dia suka tulis terbalik....Hopefully semua ok.

Princess Wawa dah habis periksa sekolah agama. Ok lah kot. Esok bermula periksa sekolah kebangsaan. Tak tau lah macammana.

Princess Mimie lagilah merisaukan sebab sekolah agama dan sekolah kebangsaan periksa serentak mulai esok. Dia rileks je. Bonda yang kecut perut. Hai Princess Mimie tolonglah serius sikit belajar. Tahun depan dah nak UPSR. Kalau asyik main je macam mana nak masuk asrama nanti.

Bonda doakan anak2 bonda semua success selalu. Bonda pun nak kena serius belajar jugak ni. Bulan depan ada periksa(interview plus pembentangan paper). Semoga semuanya berjalan lancar dan lulus dengan cemerlang.

Ayahandapun ada penilaian kompetensi jugak katanya. Ayahanda takpelah selalu  cemerlang. Setakat gap kompetensi rasanya no problem kan ayahanda. Doaku untukmu... chewah... =) 


Nak main congkak pun kena belajar jugak tau. Tak boleh main hentam je.....Walaupun dapat kutip buah banyak tapi kalau tak pandai main tapak boleh kalah jugak.
Nasib baik bonda boleh menang main congkak ari tu...Straight set tu.... Best betul kalau dapat belasah orang. Tapi bila time bonda  yang kena belasah mulalah cari alasan....salah kiralah...mata salah tengoklah....Dah kalah dah la tu bonda... Bonda menangpun team kalah tak boleh buat apa jugak.... Yang penting sporting. =P

Monday, October 18, 2010

PERIKSA, DIPERIKSA, MEMERIKSA DAN DIPAKSA

Waduh-waduh....sibuk dan kecoh mengalahkan  kaunter saham. Biasalahkan...bila bulan Oktober menjelang semua aktiviti nak buat. Masing-masing nak  penuhkan KPI dan habiskan bajet yang ada. Biarpun hasilnya pasti tak seberapa sebab nak kejar masa...Bilalah nak berubah....tak faham dan buat buat tak faham je lah kan...

Sukan kelab bermula last week. Aku ok je macam biasa mesti sporting. Tapi tak faham anak muda sekarang semua tak boleh main. Dah tau tak pandai main belajarlah kan. Ni suruh cubapun taknak. Camne... Main game komputer je yang diaorang tahu tak pun main FB. Badan boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan aku yang sekeping ni. tapi nak suruh menjentik carom pun susah inikan pulak nak suruh main badminton, netball atau main pingpong.

Yang diaorang berebut nak main; congkak n batu seremban. Agak-agaklah sikit dik oi...permainan tu bagilah kat veteren yang dah longgar skrunya. Yang masih sihat mainlah yang keluarkan peluh ya tak?

Eh macam tak puas hati je ni... memangpun apa tak nye kebanyakan budak-budak tu masa interview dulu semua boleh hatta suruh menyanyipun boleh. Tapi bila dah ditawarkan kerja lain pulak jadinya...

Sesibuk aku dan geng-geng seangkatan aku yang sedang sibuk siapkan assignment PTK dan persediaan peperiksaan pun masih boleh bagi kerjasama. Sportinglah kan.... Bukannya nak kena berlatih macam nak pergi sukan komenwel. Sekadar sukan antara anggota je.

Eh! tajuk entry lain tapi dah melalut ke lain pulak.

Sebenarnya tengah kering idea ni nak buat assignment. Almaklum dah lama tak buat assignment nak pulak tu tajuk Pengurusan Harta yang dah lama ku tinggalkan. Diam tak diam dah 13 tahun aku tak tengok benda ni. Buku rujukanpun takde cuma ada nota dari penolong aku je. Tu pun nasib baik dia pergi kursus hari tu..... Aduh....camne nak amik periksa ni......

Bajet 2010 lambat sangat kluar. Mansuh kan PTK bulan Jun. Habis tu skarang ni nak on ke tak amik PTK ni. Tak kan tak amik jadual dah kluar. Tajuk assignmentpun dah dapat....

Mana sibuk nak buat pemeriksaan audit ISO ngan asset lagi.

Last week dah kena audit, skarang kena jawab audit...(audit kewangan). Pas ni kena siapkan laporan audit. Eh dah macam jawat jawatan juruaudit professional pulak. Kalau dapat gaji lebih lain lah kan....

Inilah dilema makan gaji dengan kerajaan. Orang selalu kata kerja kerajaan senang . Goyang kaki... Pegi pagi balik awal.....Tapi hakikatnya kami dibebani kerja2 yang bukan kerja hakiki hatta delegasi Sabah datang ke Johorpun kami kena jadi tourist guide. Ai mana tourist guide yang betul ni....
Bila pulak Pegawai Penilaian kena merangkap jadi pegawai pelancongan dalam masa yang sama jadi Juruaudit, jadi pemeriksa asset, jadi penilai sebutharga, urusetia KPI, jaga orang miskin lagi....

Nasib la kan....

Terbaru terpaksa lah terima hakikat lepas ni dapat bos baru yang khabarnya sangat tegas dan demanding. Memo dah kluar. Rombakan semua bos2. 1hb ni dapat bos baru. Nak sediakan laporan serah tugas ni pun satu hal jugak....Malasnya nak buat semua ni.

Budak2 pun tengah minggu periksa ni. Mula ngan sekolah agama. Budak2 yang periksa aku yang risau lebih....Macam ni perasaan mak ngan abah masa aku amik periksa dulu kan...Risau je...lebih risau lagi bila tengok budak2 tu rileks je. Sempat main FB lagi... Walaupun dah macam2 diomelkan....

What  to do... Berdoa dan berserah je semoga semuanya berjalan lancar.


Ni pun kerja aku jugak ni melayan princess ni kalau pengasuhnya tak ade.
Bulan depan conform sebulan dia takde. sape pulak nak tengokkan budak2 tu.
Aku ada kursus PTK 2 dan 3 hb.
Kalau buat kat sini je takpe lah kot. Tapi kalau buat kat tempat lain  jenuh aku.

Monday, October 4, 2010

PECAH RUMAH

Orang sibuk beraya, dia sibuk pecah rumah orang. Hari tu motor rakanku hilang waktu dia ada dirumah tapi tak sedar orang ambil motornya. Sabtu lepas rumah one of my boss kena pecah masuk. Habis handphone dan laptop kena curi. Baru je Boss tu bercerita kes pecah rumah masa mesyuarat Jumaat lepas tup2 rumah dia kena.....
Meter air dan penutup longkang pun dikebas orang jugak. Alkisah apa jugak barang yang boleh dibawa lari di ambilnya.
Risau gak ni...Kena kunci pintu pagar selalu. Extra precaution...
Bukan tu je, kes larikan budakpun dah ada kat kawasan Pengerang. Camne ni....Dah tak selamat lagi....
Bertawakal je lah... Kalau nak awasi semua memang tak mampu, cuma berusaha sebaik mungkin dan berserah kepadaNya.
Ni 3 Princess, Bonda nak pesan Jangan berjalan sendirian merata-rata. Bahaya! Duduk je kat rumah mak Eidah tu diam2 sampai bonda balik. Kalau dah balik rumah no more main basikal merata-rata tau.

Semoga Allah melindungi keluargaku serta harta bendaku.......

Friday, October 1, 2010

Jalan2 pi S'pore

Kelab jabatan anjurkan lawatan ke Singapura. Tawaran yang sukar ditolak sebab kos nya ditanggung lebih dari separuh oleh kelab.
Nasib baik dah bayar sebelum bulan puasa jadi tak payah risau sebab lepas raya dah pokai. Dah tertangguh 3 kali lawatan ni akhirnya jadi jugak : )
Atas sebab ada yang tarik diri di saat akhir, kelab pulangkan RM100. So bolehlah buat belanja untuk souvenier kalau ada yang murahlahkan. Alhamdulillah...

Bertolak seawal 6 pagi sampai di tambak Johor dah pukul 9.00 pagi. Apa punya nasibla kat imegresen S'pore masuk line sengal, kastamnya tak pandai sistem komputer bagi passport berkelompok. Punyalah lama dia scan muka Princess Mimie...asyik tak jadi je...last2 member dia yang tolong baru ok.

Pukul 10.30 baru sampai di Botanical garden untuk sarapan. Punyalah jauh nak cari port untuk duduk makan bekalan....almaklum kat S'pore kan semua tak boleh. Fine  City lah katakan...pas tu anjing  bersepah....najisnya jangan citerlakan : P


excited je budk2 ni
berlatarkan Casino

Bergaya ala top model
seronok tengok kemesraan 3 Princess masa trip ni...

2 Prince charming yang setia menemani 3 Princess ke mana jua.

Ni kat tempat ibu Melion...

Posing gaya apa tu Princess Wawa

Amboi bukan main lagi dia dengan Kimi

Tangan sape tu?

Kanak2 riang yang membuatkan mak bapak kepenatan mengejar mereka

Sukalah tu beli coklat...$4 each lebih kurang RM9.50
 3 for $10

ada saje gayanya..

Ni kat tempat anak Melion

Mula2 cam boring je tapi bila dah ke Sentosa barulah thrillnya datang. Mula denganWaterworld, Pertunjukan dolphin, Lepas tu naik Luge dan sky ride.


Semasa di Universal studio

Bawa bungkusan makanan untuk tengahari ke hulu ke hilir

Beratur untuk menaiki bas nak ke Underwater World

Sukanya dapat naik bas awam

Princess YiN yIN sempat berangan bawa keta F1
al-maklum tengah musim F1 di S'pore

Di Pintu masuk Underwater World sebaik selesai makan
>___<

Mamat diver ni sedang cuci tank.

Tak duduk diam dalam tunnel
susah nak ambil gambar 

Cuba lihat betapa akrabnya ikan Yu ni tido..
Berpelukan : )

Ni masa Dolphin show

Ni di luar Waterworld
Lama menunggu one family yang tak jumpa jalan keluar.
Perutpun dah lapar balik tapi nak beli tak ade yang halal.
So, makan je jajan yang dibawa.

Nak citer banyak lagi tapi kekangan masalah pulak....ada banyak keja ni...ni pun dah 3 hari cuba siapkan entry ni. Kena stop dululah...nanti sambung lagi....

Hari ni ada 2 jemputan rumah terbuka. Esok ada 2 jugak. Ahad ada satu. Wah sibuknya beraya....  >____<

Thursday, September 30, 2010

SIBUK BERAYA

Dah lama tak add new entry. Almaklum sibuk beraya....Ni pun masih sibuk lagi ngan rumah terbuka. Malam ni ada dua jemputan....save budjet n tenaga. Tak payah masak. >___<

Tahun ni bonda dan 3 Princess beraya sakan, almaklum asyik shopping kat Sakan. So raya pun sakanlahkan.
Cuti 2 minggu dihabiskan dengan berulang alik dari rumah mak ke rumah MIL. Tak cukup sampai cuti hari Malaysia tambah lagi cuti sampai ahad.
Walaupun penat drive keta berganti dgn En. Hadi tapi alhamdulillah selamat kembali ke Penawar kira-kira pukul 11.00 malam setelah beraya di KL sekejap. Tak kejapnya..2jam jugak.
Lama jugak tu tapi nak buat camne, jalan lancar tapi keta banyak so tak boleh pecut...apapun alhamdulillah semua ok. But next time rasanya kena ikut JB atau lebuhraya senai taklah gelap sangat mcam jalan kat Kulai tu. Seram dibuatnya lebih2 lagi bila penumpang semua dah lama lena.




Wednesday, September 1, 2010

MOOD CUTI (RAYA)

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke 53 dan Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.
Buat abang tercinta di Ipoh, ayahanda dan bonda serta MIL N FIL di Teping. Adik2 dan Kakakku di KL, Ipar duaiku terutama yang tak dapat pulang tu, kawan-kawan walaupun  aku tak pernah share blog ini ngan sape2 kecuali keluargaku dan tak lupa jugak pada 3 princess yang ciut miut..dan semua yang membaca blog ini.

Eh bukan ke awal lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya?
Tak kisahlah sebab hari ni dah terasa mood raya. 3 Princess dah kemas baju nak balik raya. Wah...4 hari lagi nak balik raya dah siap kemas beg baju? Bersemangat betul..... Tapi bagus jugak taklah bonda susah2 nak kemaskan. Cuma kena buat last checking supaya tak melebih2 pulak bawak balik baju..... Biasalah 3 princess, kalau boleh semua nak bawak balik. Buat berat keta je...
Kat opis pun dah mula edarkan kuih muih yang ditempah...bonda sambar je apa yang ada....tak buat tempahan tapi terpaksa jugak beli coz 3 princess merengek nak biskut raya jugak.

Hari ni Princess YinYin merengek nak kerepek ubi. Alamak! Bonda malas nak buat coz asyik ngan menjahit...badan dah penat ni....Tapi melihatkan mukanya yang merayu tak sampai hati pulak....tengoklah petang ni kalau hari tak panas sangat bolehlah cabut ubi....Wah lagak ibu mithali gitu...

Oh kampungku....tunggu kepulangan kami......... >__<

Tuesday, August 24, 2010

HOPPING HOOP

Princess YinYin dan Hopping Hoopnya. Dah seminggu beli tapi baru nak masukkan anginnya sebab pam yang ada dah hilang extensionnye....so beli baru....




Seronok Princess Yin Yin dapat main bola tu. Princess Wawa pun main jugak tp kejap je...penat sangatlah tu sampai tertido =).







Paling kelakar tgk Princess Mimie yang teringin nak main jugak tapi ball tu bukan saiz dia so asyik tergolek je jatuh...hahaha...

Glad they like what I got for them. =)

Monday, August 23, 2010

GOTONG ROYONG

Hujung minggu ni tak kemana...ingat nak jahit langsir....Tapi separuh jalan je sebab kainnye licin sangat...Tak perasan plak iranya tak sama...maka sukarlah nak potong dan jahit dengan lurus....aduh....dah cuba banyak kali tapi ade je yang tak kena....so stop dululah....nanti bila2 sambung balik....

Projek seterusnya adalah mengemas rumah...
3 Princess awal2 lagi dah tawarkan diri nak gotong royong kat luar....Puas cakap tak perlu sebab hari panas...nanti penat pulak.....
Tapi diaorang berkeras...atau saje je alasan nak main kat luar....
Kan betul....main air kat luar....takpelah atleast diaorang nak cuci basikal diaorang sambil main air....
Apa lagi ambil kesempatan suruh diorang cuci porch depan....memang suka bebudak tu main air...Lupa plak nak snap gambar....

Bonda mengemas sorang2 kat dalam rumah. Banyaknya sampah.... = P
Cari penyapu nak sapu sampahlah kan....puas cari  rupanya 3 princess buat basuh lantai kat luar....alamak camne ni...
Kakak ! basuh balik penyapu tu dan jemur kat panas...Camne ibu nak kemas rumah kalau takde penyapu?!

Sebagai alternative lain ibu ke dapur cari penyapu lidi....dan vacuum juga...
Banyak benda nak buat ni...sebelum boleh angkat perabut ni kena keluarkan isinya dulu...hmm..

3 Princess dah habis main kat luar...bonda yang panggil masuk...  
Berlari sana sini dalam keadaan riuh rendah..naik pening kepala bonda....
Jangan lari nanti ada yang jatuh atas barang2 ni...

Daripada main tu baik tolong bonda....Hihihi.....

Ala....penatlah...
Ai berlari tak penat tapi bila kena buat keje penat pulak....Dah jangan bagi alasan...ni angkat barang2 ni letak kat sana. Bonda nak kosongkan almari ni...

Tersenyum 3 princess, angkat juga tapi lambatnye....takpelah nak...bonda buat  sendiri je..
Kakak tolong bonda lap tingkap ni...
Cermin dia je ke ibu? Tanya Princess Mimie
Semualah nak....framenye dan besinye sekali....
Ala..banyak tu.. penatlah....
Buat je dulu...nanti conform bonda yang abiskan..
Kalau tolong bonda cepat sikit siap...kalau siap cepat boleh kita pergi beli juadah berbuaka kat tempat lain. =)

Yea....! Nak gi mana ibu....
Kita pergi kat felda ke...tukar selera sikit....
Felda tu kat mana ibu? serentak 3 Princess tanya...alamak anak2ku tak tau felda tu kat mana sedangkan kawasan ni dikelilingi oleh berpuluh kawasan felda.....
Felda tu kat dalam ladang....masuk dalam...
Oooo....

Memang penat mengemas rumah ni tambahan pulak aku ni jenis yang detail...mesti nak bersih semua...sampaikan celah-celah tv, celah laci, belakang frame gambar, celah kaki almari pun nak bagi bersih. Semua aku nak bersihkan...Tu pun puas aku pejamkan mata....kalau nak bersih semua tak siap by 5.00pm.
Rumah ni pulak memang banyak habuk....habuk kilang cornice....
Langsirpun dah hitam, so thus the wall...penangan asap rokok rasanya...
Tak boleh tengok je...kena jugak lap dinding ni....yang tercapai dek tangan je...or lepas panjat atas perabut tv yang dah kosong ni...Kalau guna tangga nanti gayat...pening pulak kang tak jadi keje...Ni pun tertoleh sekejap ke arah 3 Princess kat bawahpun aku dah semacam je rasa...kenapalah gayat aku ni.....

Mengvacuum, menyapu, mengelap sume nak buat....nasib baik Kakak nak susun semula barang2 yang dah dikeluarkan tadi...Lega sikit...walaupun cuma sedikit yang di susunnya tapi oklah tu....
Princess Wawa dan Princess Yin Yin pun tolong jugak especially bila nak susun rak dvd pelajaran dia...bukan main lagi siap ingatkan supaya ikut siri nombornya....
Ha...tengok betul2 macamana bonda susun buku2 ni...nanti buku sekolah dalam bilik korangpun kenalah susun cam ni jugak tau....

Pukul 5.00pm Princess Mimie ingatkan bonda dengan janji bonda nak pergi beli juadah berbuka...
Ada lagi sikit nak abiskan kerja tapi takpelah nanti boleh sambung...cuma nak letakkan meja dan barang2 kecik je lagi...lain semua dah bersih dan dah dialihkan tempatnya....
Tunggu Bonda mandi dulu baru kita keluar...

Sakan  shopping juadah berbuka bila tengok banyak makanan yang tak ada dijual di Penawar....Yang penting 3 princess hepi...sampai tertido  Princess Wawa dalam keta....

Thursday, August 19, 2010

MATA OH MATA...

Kenapalah mataku asyik nak terpejam je. Semalam aku dah cover tido awal n sahurpun aku cuma siapkan makanan anak2 then tido lagi. Tapi pagi ni still nak terlelap. dah macam2 ku cuba. melompatlah...berjalanlah..dengar lagu...sume tak jalan...tetap jugak mengantuk...sampai dah macam noneng je kepala ni. Puas di usik budak pejabat yang lain supaya aku segar balik tapi sama jugak....

Penat sangat agaknya..........

Anyway sempat jugak aku siapkan paper untuk pembentangan hari Rabu depan. Cuma ayatnya tak macam selalu...ayat orang ngantuklah katakan........

Rasa mcm nak sambung tido...tapi lagi banyak tido lagi penat rasanya badan ni....nasib baik bleh menulis kat blog ni....hihihi.....

"A ruffled mind makes a restless pillow"...Charlotte Bronte.

"How blessed are some people, whose lives have no fears, no dreads, to whom sleep is a blessing that comes nightly, and brings nothing but sweet dreams."...Bram Stoker.

Wednesday, August 18, 2010

Demi anak

Walaupun penat dan mengantuk tapi kugagahkan juga demi permintaan seorang anak.

Bonda, nanti sahur masakkan sambal tumis udang ya! Mohon Princess Mimie sebelum dia melangkah ke bilik untuk tido.

Ha! buat sambal udang? Dah kul brape ni nak oi... Bonda bleh buat tapi kakak  guntingkan cilinya ok sambil meneruskan kerja menjahit....

Princess Mimie berlalu dan muncul semula 5 minit kemudian...

Dah siap bonda. Kakak tido dulu k. Good night!

Nak tak nak kena lah bonda kotakan janji kan....tapi masih ada baju yang belum berlipat, belum bergosok n pinggan mangkuk yg belum dibasuh....

Tu la tadi lepas solat sibuk anta kan princess Mimie gi tuisyen, balik asyik ingat nak jahit je... sekarang dah dekat kul 11 mlm banyak lagi keja blum siap...

Cepat-cepat ke dapur basuh pinggan, pas tu gosok baju, n then baru lipat kain yang dah bertimbun tak berlipat sejak 3 hari lepas. Kena lipatkan jugak kalau tak nanti tak jumpa nak cari baju yang nak dipakai. Dah selesai tengok kiri kanan, mak oi...bersepahnya....anak2 punya keja la ni...kemas dulu pa yang patut...Tau2 dah kul 12.30 mlm. Eh kena gi tido ni nanti tak terbangun sahur....Tapi perut terasa lapar pulak.. ye la tadi makan ala kadar je...kejarkan waktu solat dan bersiap anta Princess Mimie. So makan dululah....
Sambil makan sambil tengok tv. dah nak pagi ni banyak pulak citer menarik....Lajak sampai kul 1.30pg baru tido. tupun mata masih tak mahu lena....ke kiri ke kanan tak tido2..mcm mane nak tido kalau asyik batuk je...

Entah kul brape terlenapun tak tahu. Tapi rasanya banyak kali terjaga...dan setiap kali terjaga kulihat jam, 2.30pg, 2.45pg, 3.51pg, 3.53pg..ahh...bangunlah...buat sambal tumis....

Jangan ada jiran yang terjaga sudah mendengarkan mesin pengisarku...

Boleh tahan berselera jugak Princess Mimie makan sahur hari ni..Princess Wawa mcm biasa ade je alasannya, pedas lah...walaupun yang disuapkan cuma nasi dan secubit ayam madu.

Hari ni memang aku tak boleh tido walaupun lepas sahur masuk tido balik, 6.15pg aku terjaga lagi..cuba tido lagi...tp tak bleh.. so bangun lah bersiap....masak air untuk anak2 mandi. Bilalah nak beli water heater ni...?

Siap kul 7.10pg. time untuk anta anak gi skolah....Alamak memulas pulak perut ni....Cepat....bonda anta korang dulu, bonda nak ter....

Lepas anta skolah bergegas balik rumah....nasib baik dekat je skolah....aduh....tula perut memang tak boleh makan pedas2...mesti memulas tapi anak ku memang suka yang pedas....

Pagi, di pejabat mengantuknya Tuhan saje yang tahu. tu yang menulis ni....Kang kalau tido nampak sangat....kalau menaip ni nampak mcm bekerja walaupun sebenarnya menulis blog. hahaha....
Pagi ni pulak udara di Pejabat ni tak healthy sangat, bukan pagi ni je...sebelum ni lagi teruk masa keja2 memecahkan dinding  20meter dari mejaku sedang dibuat-pengubahsuaian bilik fail. Dah beberapa minggu macam ni... dengan habuknya, bunyi bisingnya, bau rokok wak indon lagi....Tu yang buat aku dan rakan sebelah ku ini batuk n hilang suara. Dah ngadu ngan penyelia projek tu..tapi hampeh....

Nak buat camne...bertahan je la....

Free voucher

Semalam ada keja kat JB. Habis kul 1 singgah Jusco jap nak gi tukar voucher yang dapat dari Toy's R Us masa beli hadiah harijadi 3 princess aritu. Haritu dah dapatkan baby alive, freddy fishing dan fun monkey sebagai hadiah 3 princess. Tak sangka dapat voucher RM40.00. Ni yang nak jenguk ni tengok apa yang patut. Hampir sejam kat Toy's r us. Tak banyak mainan yang menarik....Last2 amik bola hopping hoop n anak gajah yg tak macam gajah. Tu pun kena tambah lagi ongkosnya... Nasib baik tak bawak 3 princess kalau tak mesti nak macam2.

Sebelum balik singgah Kota Tinggi cari bahan untuk menjahit...Wah! dah ada hobi baru bonda...
menjahitla pulak.....2 minggu ni langsung tak sempat tengok facebook ke ape ke....asyik je ngan jahitan....dah siap buat baju sekolah Princess Yin Yin yang tak jadi buat awal tahun aritu...Walaupun tak berapa kemas tapi bagi pelajar tanpa guru  kira ok lah jugak kan....

Sebelum ni dah jahit langsir bilik 3 Princess....ada kemajuan...dah makin kemas dan ukurannya pun tak lari macam dulu.

Tengah buat baju kurungku sendiri...tak sabar nak tengok hasilnya...  Tapi agak susah sikit sebab kainnya lembut dan nipis sangat...... :-p

Ok lah......... nak upload gambar dah gagal...nanti cuba lagi....

Shopping Lagi!!!!!!!!!!

Hai ada saja nak dibeli menjelang raya ni. Kena beli sikit2 sebab bebudak ni cerewet jugak. Semua tak kena kalau bonda yang cadangkan.....Dah ada citarasa sendiri :p. Lagipun takut tak dapat apa yang dihajatkan....cewahh alasan...

Memang best shopping ni walaupun cuma pi kat Sakan dekat Penawar ni. Tak sangka ada jugak barang yang ok....Untuk 3 Princess lagi...got 3 jeans and 3 t shirt.

Tak sabar tunggu satu lagi pasaraya dekat ngan Sakan bukak. boleh melawat selalu. Hihihi....
Pantang ada Pasaraya baru mesti nak jengok. Jengok sekali cukuplah ni tak kalau boleh hari-hari nak jenguk. Nasib baik masih ada kesedaran bahayanya menjengok...silap2  bawak balik....Ha! baru padan dengan poket bonda :-)

SAHUR OH SAHUR........

Hari ke enam puasa, bonda boleh terlajak tido plak...tak terjaga time sahur. Sedar je jam dah kul 6pg. Alamak! cian nye 3 Princess....dahlah berbuka makan sikit je....boleh tahan ke ni.... Insya Allah pasti boleh...
Bonda minta maaf k...nak buat camne handphone bonda dah dok kat bawah badan Princess Wawa. Camne tah bleh ada kat situ....

Anyway last Saturday kami gi shopping lagi. Kali ni gi Tesco. Bulan puasa gi shopping?????? Larat ke jalan???
Jangan tak tau walau penat camne pun kalau pasal shopping sume ok punya....! Apa yang dibeli???? Macam2 ada, barang dapur terutama susu n diapers Princess Yin Yin. Ish..ish...ish....Dah besar pun minum susu n pakai diapers lagi.... Takpelah kan.....
Dari rumah kul 12.30tgh. Kul 5.00 dah abis shopping. Ajak 3 Princess balik tapi masing-masing tak nak balik. Nak bukak posa kat luar katanya. Abis tu ada 2 jam lebih lagi nak buat pe?
Teringat shopping mall yg baru bukak kat Tiram. Apa lagi get set, ready, go lah....

Nampak dari luar cam meriah je....Kat dalam cam Kip Mart je... 3 Princess nampak kedai kasut. Masing-masing tarik tangan bonda minta belikan kasut. Bonda senyum je....ikut je bebudak tu tengok kasut. Nak beli kenalah congak dulu....cukup tak duitnya....pilih punya pilih last2 bonda cakap kita tengok kedai lain dulu mana tau ada yang lebih cantik....frust bebudak tu...hihihi...selamat sekejap duit bonda....

Jalan lagi tengok2 apa yang ada. Mmmm takde ape yang menarik....Eh! ada kedai baju la Ibu...cantik ni....Puas dipujuk cakap tak sesuai tapi masing2 tak berganjak nak beli jugak....sudahnya kena ketuk jugak bonda belikan 3 helai baju.

Ingatkan dah beli baju dah lupa lah dengan kasut. Ehh....Princess YinYin merengek nak jugak kasut tadi. Fikir punya Fikir ok lah....ke kedai kasut tu semula.....
Bonda tunjukkan kasut yang harganya RM29.90. Tapi 3 princess berkenan dengan kasut harga RM10.00. Ok la kot buat basahan....kasut bertali...selamat duit bonda.

Kat Tiram Mart takde tempat makan menarik so kenalah pegi next stop: Today's n Giant Tiram. Ni pun baru bukak jugak so kena explore dulu apa yang ada. Alamak ada  tempat main lah.....Nasib baik dah dekat waktu berbuka so dapatlah pujuk cari tempat makan dulu....
Wah! nak makan western pulak 3 Princess ni...Jap bonda congak duit dalam purse jap sambil jalan2 tengok rumah hantu....Kat sini belum ada ATM. Kang ada yang kena cuci pinggan plak.

Ok lah kita makan western je...nanti kena pakai duit plastik la ni...

Princess Mimie order favourite food dia Fish n Chips n teh o ais. Princess Yin Yin nak strawberry snow ice. Bonda biasala mesti cari nasi jugak. Order nasi n sambal udang n kopi o panas. Princess Wawa nak makan apa?
Makan ngan ibulah....Eh mana boleh kan puasa...makan lebih sikit lah....
Oklah adik nak roti bakar.
Roti bakar menu sarapan dik...bulan posa takde roti....
Mmmm...makan ayam gorenglah....
K..ayam goreng satu...Minumnya?
Chocolate Snow Ice.

Ada 15 minit lagi sebelum berbuka. Tak sampai seminit order, Minuman dah sampai. Prncess Yin Yin sukalah sbb tak posa...tapi malu2 nak makan. Princess Wawa asyik tanya brapa lama lagi nak buka lebih2 lagi kena usik ngan abang2 kat situ yg pura2 azan... Cian Princess Wawa...jom kita jalan2 lagi.... pegi tengok kedai accessories... beli getah rambut....Tengok poster2 wayang yang ditayangkan...menarik jugak citer kat wayang ni tapi tak sesuailah time nye. Tengok kami jalan2 brother restoren tu amik balik snow ice tadi. Katanya tak tau budak2 tu posa...so simpan dulu dalam peti ais supaya tak cair....

Time buka, Princess Mimie bersemangat makan. sambal udang bonda yang pedas padanya tak pedas. Last2 dia makan nasi bonda, bonda makan fish n chips dia. Princess Wawa makan ice je... ayam adalah dalam dua gigitan kecil....makan chips ... banyak tu je... tu pun dia kata perutnya dah penuh... Alahai...kecik nya perut...

Lepas berbuka....balik lah kan....Tapi 3 princess nak main....alamak!


Walaupun makan sikit tapi energeticnya bukan main...


Alamak tak boleh nak upload gambar lah ...dah cuba banyak kali. Nape agaknya...

Wednesday, August 4, 2010

KFC: NYUM NYUM....... =P

3 Princess had KFC with bonda and friends.
Mmmmm....kenyangnya.....
Alhamdulillah....


Princess Yin Yin dah jumpa Kak Sue Bonda dah tak nampak dah...


Kalau bab berposing serah je...

Habis ke ayam tu...????????

Tuesday, August 3, 2010

3 PRINCESS HAVING A GREAT DAY

Shopping time and lots of fun with 3 Princess.

Chupa chups guy
What a funny looking....
poyo pun ada

Princess Yin Yin so  delighted and admiring the guy?


Line up for a free baloon

Had picture taken with the clown
but it came out quite blurry...

LAIN NAK BELI LAIN PULAK YANG DIBELI

Ni lah namanya pompuan kalau bab shopping serah je.... =)
Dari rumah plan bagai nak rak....dah ada kat shopping kompleks lain pulak jadinya...
Ya ya jer nak beli kain langsir....tapi.....bila dah dengar laungan 70% less....apa lagi....
Ni lah yang dapat..... =)

Ni set tidur baru untuk Princess Mimie n Wawa

Ni pulak cadar baru untuk Princess YinYin


Yang ini pulak untuk Ayahanda dan bonda
Hi...hi...hi..

Bukan tu jer...3 princess dapat 2 pasang baju seorang....
wah...seronok giler bebudak tu....
Bonda punya jugak yg tak ade....
Bonda cuma dapat habiskan duit yang tak berapa nak ada :P