Orang sibuk beraya, dia sibuk pecah rumah orang. Hari tu motor rakanku hilang waktu dia ada dirumah tapi tak sedar orang ambil motornya. Sabtu lepas rumah one of my boss kena pecah masuk. Habis handphone dan laptop kena curi. Baru je Boss tu bercerita kes pecah rumah masa mesyuarat Jumaat lepas tup2 rumah dia kena.....
Meter air dan penutup longkang pun dikebas orang jugak. Alkisah apa jugak barang yang boleh dibawa lari di ambilnya.
Risau gak ni...Kena kunci pintu pagar selalu. Extra precaution...
Bukan tu je, kes larikan budakpun dah ada kat kawasan Pengerang. Camne ni....Dah tak selamat lagi....
Bertawakal je lah... Kalau nak awasi semua memang tak mampu, cuma berusaha sebaik mungkin dan berserah kepadaNya.
Ni 3 Princess, Bonda nak pesan Jangan berjalan sendirian merata-rata. Bahaya! Duduk je kat rumah mak Eidah tu diam2 sampai bonda balik. Kalau dah balik rumah no more main basikal merata-rata tau.
Semoga Allah melindungi keluargaku serta harta bendaku.......
No comments:
Post a Comment