Monday, October 18, 2010

PERIKSA, DIPERIKSA, MEMERIKSA DAN DIPAKSA

Waduh-waduh....sibuk dan kecoh mengalahkan  kaunter saham. Biasalahkan...bila bulan Oktober menjelang semua aktiviti nak buat. Masing-masing nak  penuhkan KPI dan habiskan bajet yang ada. Biarpun hasilnya pasti tak seberapa sebab nak kejar masa...Bilalah nak berubah....tak faham dan buat buat tak faham je lah kan...

Sukan kelab bermula last week. Aku ok je macam biasa mesti sporting. Tapi tak faham anak muda sekarang semua tak boleh main. Dah tau tak pandai main belajarlah kan. Ni suruh cubapun taknak. Camne... Main game komputer je yang diaorang tahu tak pun main FB. Badan boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan aku yang sekeping ni. tapi nak suruh menjentik carom pun susah inikan pulak nak suruh main badminton, netball atau main pingpong.

Yang diaorang berebut nak main; congkak n batu seremban. Agak-agaklah sikit dik oi...permainan tu bagilah kat veteren yang dah longgar skrunya. Yang masih sihat mainlah yang keluarkan peluh ya tak?

Eh macam tak puas hati je ni... memangpun apa tak nye kebanyakan budak-budak tu masa interview dulu semua boleh hatta suruh menyanyipun boleh. Tapi bila dah ditawarkan kerja lain pulak jadinya...

Sesibuk aku dan geng-geng seangkatan aku yang sedang sibuk siapkan assignment PTK dan persediaan peperiksaan pun masih boleh bagi kerjasama. Sportinglah kan.... Bukannya nak kena berlatih macam nak pergi sukan komenwel. Sekadar sukan antara anggota je.

Eh! tajuk entry lain tapi dah melalut ke lain pulak.

Sebenarnya tengah kering idea ni nak buat assignment. Almaklum dah lama tak buat assignment nak pulak tu tajuk Pengurusan Harta yang dah lama ku tinggalkan. Diam tak diam dah 13 tahun aku tak tengok benda ni. Buku rujukanpun takde cuma ada nota dari penolong aku je. Tu pun nasib baik dia pergi kursus hari tu..... Aduh....camne nak amik periksa ni......

Bajet 2010 lambat sangat kluar. Mansuh kan PTK bulan Jun. Habis tu skarang ni nak on ke tak amik PTK ni. Tak kan tak amik jadual dah kluar. Tajuk assignmentpun dah dapat....

Mana sibuk nak buat pemeriksaan audit ISO ngan asset lagi.

Last week dah kena audit, skarang kena jawab audit...(audit kewangan). Pas ni kena siapkan laporan audit. Eh dah macam jawat jawatan juruaudit professional pulak. Kalau dapat gaji lebih lain lah kan....

Inilah dilema makan gaji dengan kerajaan. Orang selalu kata kerja kerajaan senang . Goyang kaki... Pegi pagi balik awal.....Tapi hakikatnya kami dibebani kerja2 yang bukan kerja hakiki hatta delegasi Sabah datang ke Johorpun kami kena jadi tourist guide. Ai mana tourist guide yang betul ni....
Bila pulak Pegawai Penilaian kena merangkap jadi pegawai pelancongan dalam masa yang sama jadi Juruaudit, jadi pemeriksa asset, jadi penilai sebutharga, urusetia KPI, jaga orang miskin lagi....

Nasib la kan....

Terbaru terpaksa lah terima hakikat lepas ni dapat bos baru yang khabarnya sangat tegas dan demanding. Memo dah kluar. Rombakan semua bos2. 1hb ni dapat bos baru. Nak sediakan laporan serah tugas ni pun satu hal jugak....Malasnya nak buat semua ni.

Budak2 pun tengah minggu periksa ni. Mula ngan sekolah agama. Budak2 yang periksa aku yang risau lebih....Macam ni perasaan mak ngan abah masa aku amik periksa dulu kan...Risau je...lebih risau lagi bila tengok budak2 tu rileks je. Sempat main FB lagi... Walaupun dah macam2 diomelkan....

What  to do... Berdoa dan berserah je semoga semuanya berjalan lancar.


Ni pun kerja aku jugak ni melayan princess ni kalau pengasuhnya tak ade.
Bulan depan conform sebulan dia takde. sape pulak nak tengokkan budak2 tu.
Aku ada kursus PTK 2 dan 3 hb.
Kalau buat kat sini je takpe lah kot. Tapi kalau buat kat tempat lain  jenuh aku.

No comments:

Post a Comment