Buat abang tercinta di Ipoh, ayahanda dan bonda serta MIL N FIL di Teping. Adik2 dan Kakakku di KL, Ipar duaiku terutama yang tak dapat pulang tu, kawan-kawan
Eh bukan ke awal lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya?
Tak kisahlah sebab hari ni dah terasa mood raya. 3 Princess dah kemas baju nak balik raya. Wah...4 hari lagi nak balik raya dah siap kemas beg baju? Bersemangat betul..... Tapi bagus jugak taklah bonda susah2 nak kemaskan. Cuma kena buat last checking supaya tak melebih2 pulak bawak balik baju..... Biasalah 3 princess, kalau boleh semua nak bawak balik. Buat berat keta je...
Kat opis pun dah mula edarkan kuih muih yang ditempah...bonda sambar je apa yang ada....tak buat tempahan tapi terpaksa jugak beli coz 3 princess merengek nak biskut raya jugak.
Hari ni Princess YinYin merengek nak kerepek ubi. Alamak! Bonda malas nak buat coz asyik ngan menjahit...badan dah penat ni....Tapi melihatkan mukanya yang merayu tak sampai hati pulak....tengoklah petang ni kalau hari tak panas sangat bolehlah cabut ubi....
Oh kampungku....tunggu kepulangan kami......... >__<
No comments:
Post a Comment