STRESS:
- Tekanan atau tindakbalas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan
- Kemurungan, sedih, runsing, bimbang, berbagai masalah tingkah laku, kesihatan terganggu
- Situasi yang tidak selesa yang manasetiap manusia mengalaminya secara dalaman.
- Perasaan Tegang, takut, marah dan kecewa
- Mental, Fizikal dan Emosi
2 Jenis Stress :
a. Eustress - boleh sesuaikan diri,
- stress yang membina
- Tekanan ringan dan bersifat konstruktif yang dapat mempertingkatkan produktiviti peribadi,
meransangkan minda dan tubuh seseorang untuk lakukan sesuatu dengan sebaik-baiknya.
- Hormon adrenalin diermbes dengan cepat meransang tindakan pantas
b. Distress - Tidak boleh sesuaikan diri
- boleh merosakkan diri
- Tekanan teruk yang bersifat destruktif
- Jangkamasa panjang akan menghadapi kerosakan mental dan fizikal.
- Tindakbalas atau reaksi terhadap ancaman perubahan mahupun persaingan
- Tindakbalas untuk menentang atau melarikan diri bila tergugat atau kebingungan
Semua orang mengalami stress.
Kenapa ia berlaku? Punca
Cara penerimaan terhadap persekitaran.
Bagaimana menangani stress?
Symtom:
i. perasaan bimbang, takut moody, mudah terasa.
ii. pelupa, bimbang masa depan, mudah tersinggung, takutkan kegagalan/ kesilapan, rendah diri, sentiasa
berfikir, ketidakupayaan memberi tumpuan
iii. hilang selera makan, gagap/gugup, merokok, menangis tanpa sebab, mengetap gigi, mengambil alkohol/
dadah, ketawa kuat/ nada suara gementar
iv. kebimbanagn, keliru dan kurang daya tumpuan, sukar kawal diri, perubahan diri, susah nak tidur, mudah
terpengaruh, sukar membuat keputusan, kurang minat terhadap aktiviti harian
v. bercakap cepat dan kuat, suka gigit jari, kerap menggerakkan jari, letih, perasaaan negatif.
Kenali punca dan tahap stress anda!
Berikan skala kepada tahap stress anda. Catat dan tandakan di mana kesakitan (stress) tersebut di rasai dengan melukis model diri anda. Adakah sterss tersebut dirasai di hati, kepala, tangan, kaki atau di mana sahaja yang berkaitan dengan stress dan tindakbalas anda ketika stress.
Tahap yang dirasai contoh guna skala 1- 10
i. Tandakan keseronokan yang dirasai dengan warna biru, catit peristiwa, bila, mana berlaku dan berikan skala 1-10
ii. Tandakan perasaan marah yang dirasai dengan warna merah, catit peristiwa, bila, mana berlaku dan tindakbalas anda dan berikan skala 1-10
iii. Tandakan perasaan sedih anda dengan warna hitam, catit peristiwa, bila, kenapa dan berikan skala 1-10
Teknik menangani stress:
1. Kenali tahap stress anda
2. Sedar reaksi sendiri: apa yang anda lakukan setiap kali anda rasa stress
3. Teguhkan positif self statement
4. Fokus kepada pencapaian terbaik
5. Elakkan persaingan yang tidak perlu
6. Tingkatkan tingkah laku yang asertif
7. Kenalpasti dan terima kekurangan diri
8. Setiap orang unik dan berbeza
9. Hobi; rileks dan enjoy
10. Kerap riadah
11. Pemakanan seimbang
12. Bercakap dengan orang yang dipercayai
Cara Mengatasi Stress:
1. Bertenang : bercakap dengan diri sendiri dengan perkataan-perkataan semangat dan berikan tepukan pada diri sendiri
2. Bernafas dengan dalam sambil berkata: relakslah atau perkataan-perkataan lain yang memberikan semangat serta menenangkan anda.
3. Berurut: urut sendiri, diurut
4. Beribadat
5. Bercakap dengan seseorang
6. Pengurusan masa dan kerja
7. Pengurusan rehat: rehat yang cukup dan pastikan ada waktu rehat walau sibuk bekerja sekalipun.Sekurang-kurangnya berehat sebentar waktu makan tengahari.
8. Riadah
9. Berfikiran positif
10. Pengurusan diri: kebersihan diri, pakaian
11. Menjaga kesihatan
12. Bersenam: senaman ringan dan tidak terlalu agresif untuk menjaga jantung anda
13. Jaga berat badan dan pemakanan
14. Jaga perhubungan baik dengan orang lain: jika timbul masalah berbincang atau dapatkan bantuan orang tengah/ kaunselor
15. Belajar untuk mengasihi diri sendiri : hargai diri. Anda bukan lilin sebaliknya matahari. Lilin menerangi tetapi memusnahkan diri sendiri, tetapi matahari terus menerangi.
16. Bersikap optimis: anggap musibah yang berlaku sebagai penghapus dosa atau sebagai hukuman atas kesalahan yang lalu atau sebagai ujian ke atas insan yang mampu ditangani.
17. Ciptakan suasana dan persekitaran yang menarik: pencahayaan yang bagus, bau-bauan yang menyenangkan, alunan muzik yang lembut dan menenangkan
18. DOA
19. Ziarahi orang-orang yang kurang bernasib baik. Kita akan lebih insaf dengan kehidupan ini.
20. Mengalah sesekali: tenang dan rasional. Beri kesempatan untuk orang lain kemukakan pandangan
21. Ketawalah dan berseronoklah
22. Tataplah wajah/ barang pemberian orang yang dikasihi: kaabah, quran, ibubapa, guru, laut,
23. Mandi wap
24. Bertemanlah dengan orang yang berilmu
25. Menjauhi nafsu amarah
26. Senyum dan menyebarkan salam
27. Bertukar kerjaya
Banyak betul tips mengatasi stress yang dah di senaraikan. Tak semestinya semuanya kita buat sekaligus. Buatlah yang termampu. Bersabar, bertawakkal dan redhalah. InsyaAllah kita akan lebih tenang. Kalau tak percaya lepas dah cuba teknik-teknik di atas cubalah buat skala stress model diri anda tadi. Lihat samada stress tersebut telah berkurang atau tidak.
Nanti saya update lagi dengan tips-tips mengatasi stress yang boleh dipraktikkan.
Saya pun masih mencuba tips di atas. Alhamdulillah setakat ini saya mampu harungi dugaan hidup dengan tenang dan tidak terlalu di bawa oleh rasa kecewa, sedih atau marah.
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment