Friday, October 29, 2010

Education Is A Lifelong Affair

All of us have lessons we refuse to learn. But we keep bumping into sticky situations until we grow up and deal with them. If we get His point then.

Then again Life is complicated. It starts before we're ready, it continues while we're still trying to figure out the point of it. And it ends long before we've worked out just what to do. I read this from somewhere- forgot already where from.

What a blessing if what we are meant to do in our life is just that - school. No worries, no headache of the financial, politics, social or what so ever.

But then again schooling nowadays is a lot different from years ago. In those days we've been taught to be polite, how to survive in a simple world and prepare us  for life.

Nowadays schooling means you had to compete with each other. Childrens are dumped with complicated subjects that they hardly understand why they have to learn it. Furthermore some of it it has very few use in the years ahead. Well maybe a few  is useful. But most of it will lost as we get older.

Wah! hebatnya entri kali ni. Aku ke yang tulis ni.....

Sedang buntu mencari idea nak dimuatkan dalam assignment merepeklah sekejap kan. Susahnya nak buat assignment berbentuk perbincangan ni. Selalu buat proposal.... memang no hal...sekejapan dah siap. Boleh buat slide presentation yang giler punya. Tapi bila kena buat assignment ala ala masa zaman belajar dulu dah macam orang bodoh pulak. Tak tau mana nak mula, nak masukkan perkara apa, contoh yang bagaimana, nak menjurus kepada amalan positif atau negatif. Ahh!!! pening.....

Mungkin betul jugak cakap rakanku kena berjumpa bos lama ku....topic  yang aku dapat lebih kepada pekerjaan bos lama ku. Yap...thats what I'm gonna do today......Interview my old boss.

Busy la sangat kan?!

Monday, October 25, 2010

BULAN PEPERIKSAAN

Bukan setakat anak2 je yang periksa, ibu dan ayah pun sama, ada periksa. Disuruh belajar...belajarlah sangat....pegang buku tapi mata ke arah tv. Sekejap je dah belayar ke tempat lain. Di ajak pegi shopping semua laju....

Cuba kalau ajak belajar sama excitednye macam nak pegi shopping.... >___<

Hari ni first time Princess Yin Yin periksa. Risau jugak sebab tak tau macam mana prestasi dia sebelum ni. Belum pernah diduga. Biasa kalau ditanya ada masanya dia dah kenal huruf tapi ada masa terlupa pulak...Lebih risau sebab dia suka tulis terbalik....Hopefully semua ok.

Princess Wawa dah habis periksa sekolah agama. Ok lah kot. Esok bermula periksa sekolah kebangsaan. Tak tau lah macammana.

Princess Mimie lagilah merisaukan sebab sekolah agama dan sekolah kebangsaan periksa serentak mulai esok. Dia rileks je. Bonda yang kecut perut. Hai Princess Mimie tolonglah serius sikit belajar. Tahun depan dah nak UPSR. Kalau asyik main je macam mana nak masuk asrama nanti.

Bonda doakan anak2 bonda semua success selalu. Bonda pun nak kena serius belajar jugak ni. Bulan depan ada periksa(interview plus pembentangan paper). Semoga semuanya berjalan lancar dan lulus dengan cemerlang.

Ayahandapun ada penilaian kompetensi jugak katanya. Ayahanda takpelah selalu  cemerlang. Setakat gap kompetensi rasanya no problem kan ayahanda. Doaku untukmu... chewah... =) 


Nak main congkak pun kena belajar jugak tau. Tak boleh main hentam je.....Walaupun dapat kutip buah banyak tapi kalau tak pandai main tapak boleh kalah jugak.
Nasib baik bonda boleh menang main congkak ari tu...Straight set tu.... Best betul kalau dapat belasah orang. Tapi bila time bonda  yang kena belasah mulalah cari alasan....salah kiralah...mata salah tengoklah....Dah kalah dah la tu bonda... Bonda menangpun team kalah tak boleh buat apa jugak.... Yang penting sporting. =P

Monday, October 18, 2010

PERIKSA, DIPERIKSA, MEMERIKSA DAN DIPAKSA

Waduh-waduh....sibuk dan kecoh mengalahkan  kaunter saham. Biasalahkan...bila bulan Oktober menjelang semua aktiviti nak buat. Masing-masing nak  penuhkan KPI dan habiskan bajet yang ada. Biarpun hasilnya pasti tak seberapa sebab nak kejar masa...Bilalah nak berubah....tak faham dan buat buat tak faham je lah kan...

Sukan kelab bermula last week. Aku ok je macam biasa mesti sporting. Tapi tak faham anak muda sekarang semua tak boleh main. Dah tau tak pandai main belajarlah kan. Ni suruh cubapun taknak. Camne... Main game komputer je yang diaorang tahu tak pun main FB. Badan boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan aku yang sekeping ni. tapi nak suruh menjentik carom pun susah inikan pulak nak suruh main badminton, netball atau main pingpong.

Yang diaorang berebut nak main; congkak n batu seremban. Agak-agaklah sikit dik oi...permainan tu bagilah kat veteren yang dah longgar skrunya. Yang masih sihat mainlah yang keluarkan peluh ya tak?

Eh macam tak puas hati je ni... memangpun apa tak nye kebanyakan budak-budak tu masa interview dulu semua boleh hatta suruh menyanyipun boleh. Tapi bila dah ditawarkan kerja lain pulak jadinya...

Sesibuk aku dan geng-geng seangkatan aku yang sedang sibuk siapkan assignment PTK dan persediaan peperiksaan pun masih boleh bagi kerjasama. Sportinglah kan.... Bukannya nak kena berlatih macam nak pergi sukan komenwel. Sekadar sukan antara anggota je.

Eh! tajuk entry lain tapi dah melalut ke lain pulak.

Sebenarnya tengah kering idea ni nak buat assignment. Almaklum dah lama tak buat assignment nak pulak tu tajuk Pengurusan Harta yang dah lama ku tinggalkan. Diam tak diam dah 13 tahun aku tak tengok benda ni. Buku rujukanpun takde cuma ada nota dari penolong aku je. Tu pun nasib baik dia pergi kursus hari tu..... Aduh....camne nak amik periksa ni......

Bajet 2010 lambat sangat kluar. Mansuh kan PTK bulan Jun. Habis tu skarang ni nak on ke tak amik PTK ni. Tak kan tak amik jadual dah kluar. Tajuk assignmentpun dah dapat....

Mana sibuk nak buat pemeriksaan audit ISO ngan asset lagi.

Last week dah kena audit, skarang kena jawab audit...(audit kewangan). Pas ni kena siapkan laporan audit. Eh dah macam jawat jawatan juruaudit professional pulak. Kalau dapat gaji lebih lain lah kan....

Inilah dilema makan gaji dengan kerajaan. Orang selalu kata kerja kerajaan senang . Goyang kaki... Pegi pagi balik awal.....Tapi hakikatnya kami dibebani kerja2 yang bukan kerja hakiki hatta delegasi Sabah datang ke Johorpun kami kena jadi tourist guide. Ai mana tourist guide yang betul ni....
Bila pulak Pegawai Penilaian kena merangkap jadi pegawai pelancongan dalam masa yang sama jadi Juruaudit, jadi pemeriksa asset, jadi penilai sebutharga, urusetia KPI, jaga orang miskin lagi....

Nasib la kan....

Terbaru terpaksa lah terima hakikat lepas ni dapat bos baru yang khabarnya sangat tegas dan demanding. Memo dah kluar. Rombakan semua bos2. 1hb ni dapat bos baru. Nak sediakan laporan serah tugas ni pun satu hal jugak....Malasnya nak buat semua ni.

Budak2 pun tengah minggu periksa ni. Mula ngan sekolah agama. Budak2 yang periksa aku yang risau lebih....Macam ni perasaan mak ngan abah masa aku amik periksa dulu kan...Risau je...lebih risau lagi bila tengok budak2 tu rileks je. Sempat main FB lagi... Walaupun dah macam2 diomelkan....

What  to do... Berdoa dan berserah je semoga semuanya berjalan lancar.


Ni pun kerja aku jugak ni melayan princess ni kalau pengasuhnya tak ade.
Bulan depan conform sebulan dia takde. sape pulak nak tengokkan budak2 tu.
Aku ada kursus PTK 2 dan 3 hb.
Kalau buat kat sini je takpe lah kot. Tapi kalau buat kat tempat lain  jenuh aku.

Monday, October 4, 2010

PECAH RUMAH

Orang sibuk beraya, dia sibuk pecah rumah orang. Hari tu motor rakanku hilang waktu dia ada dirumah tapi tak sedar orang ambil motornya. Sabtu lepas rumah one of my boss kena pecah masuk. Habis handphone dan laptop kena curi. Baru je Boss tu bercerita kes pecah rumah masa mesyuarat Jumaat lepas tup2 rumah dia kena.....
Meter air dan penutup longkang pun dikebas orang jugak. Alkisah apa jugak barang yang boleh dibawa lari di ambilnya.
Risau gak ni...Kena kunci pintu pagar selalu. Extra precaution...
Bukan tu je, kes larikan budakpun dah ada kat kawasan Pengerang. Camne ni....Dah tak selamat lagi....
Bertawakal je lah... Kalau nak awasi semua memang tak mampu, cuma berusaha sebaik mungkin dan berserah kepadaNya.
Ni 3 Princess, Bonda nak pesan Jangan berjalan sendirian merata-rata. Bahaya! Duduk je kat rumah mak Eidah tu diam2 sampai bonda balik. Kalau dah balik rumah no more main basikal merata-rata tau.

Semoga Allah melindungi keluargaku serta harta bendaku.......

Friday, October 1, 2010

Jalan2 pi S'pore

Kelab jabatan anjurkan lawatan ke Singapura. Tawaran yang sukar ditolak sebab kos nya ditanggung lebih dari separuh oleh kelab.
Nasib baik dah bayar sebelum bulan puasa jadi tak payah risau sebab lepas raya dah pokai. Dah tertangguh 3 kali lawatan ni akhirnya jadi jugak : )
Atas sebab ada yang tarik diri di saat akhir, kelab pulangkan RM100. So bolehlah buat belanja untuk souvenier kalau ada yang murahlahkan. Alhamdulillah...

Bertolak seawal 6 pagi sampai di tambak Johor dah pukul 9.00 pagi. Apa punya nasibla kat imegresen S'pore masuk line sengal, kastamnya tak pandai sistem komputer bagi passport berkelompok. Punyalah lama dia scan muka Princess Mimie...asyik tak jadi je...last2 member dia yang tolong baru ok.

Pukul 10.30 baru sampai di Botanical garden untuk sarapan. Punyalah jauh nak cari port untuk duduk makan bekalan....almaklum kat S'pore kan semua tak boleh. Fine  City lah katakan...pas tu anjing  bersepah....najisnya jangan citerlakan : P


excited je budk2 ni
berlatarkan Casino

Bergaya ala top model
seronok tengok kemesraan 3 Princess masa trip ni...

2 Prince charming yang setia menemani 3 Princess ke mana jua.

Ni kat tempat ibu Melion...

Posing gaya apa tu Princess Wawa

Amboi bukan main lagi dia dengan Kimi

Tangan sape tu?

Kanak2 riang yang membuatkan mak bapak kepenatan mengejar mereka

Sukalah tu beli coklat...$4 each lebih kurang RM9.50
 3 for $10

ada saje gayanya..

Ni kat tempat anak Melion

Mula2 cam boring je tapi bila dah ke Sentosa barulah thrillnya datang. Mula denganWaterworld, Pertunjukan dolphin, Lepas tu naik Luge dan sky ride.


Semasa di Universal studio

Bawa bungkusan makanan untuk tengahari ke hulu ke hilir

Beratur untuk menaiki bas nak ke Underwater World

Sukanya dapat naik bas awam

Princess YiN yIN sempat berangan bawa keta F1
al-maklum tengah musim F1 di S'pore

Di Pintu masuk Underwater World sebaik selesai makan
>___<

Mamat diver ni sedang cuci tank.

Tak duduk diam dalam tunnel
susah nak ambil gambar 

Cuba lihat betapa akrabnya ikan Yu ni tido..
Berpelukan : )

Ni masa Dolphin show

Ni di luar Waterworld
Lama menunggu one family yang tak jumpa jalan keluar.
Perutpun dah lapar balik tapi nak beli tak ade yang halal.
So, makan je jajan yang dibawa.

Nak citer banyak lagi tapi kekangan masalah pulak....ada banyak keja ni...ni pun dah 3 hari cuba siapkan entry ni. Kena stop dululah...nanti sambung lagi....

Hari ni ada 2 jemputan rumah terbuka. Esok ada 2 jugak. Ahad ada satu. Wah sibuknya beraya....  >____<