Bunyi cam boring je tajuk entry kali ni...memang boringpun :p
Camne tak boring keja asyik bertambah je.... lebih-lebih lagi ngan adanya ayat arahan dari semasa ke semasa dalam senarai tugasku. Kalau setakat kena hadir mesyuarat atau ganti bos buat sesuatu ok lagi tapi kalau nama kita je yang dicalonkan jadi jawatankuasa tu jawatankuasa ni camne?? Macam dah takde orang lain plak...Penat rasanya...buat keja jawatankuasa lebih banyak dari keja hakiki. Nak tolak tak boleh. Kes Paksa Rela sebab ayat yang terakhir dalam senarai tugas :bertanggungjawab melaksanakan arahan dari semasa ke semasa.
Kalau dah dilantik jadi jawatankuasa di beri penghargaan ataupun sekurang-kurangnya pujian ok jugakla...Ni dahla tak dapat apa2 asyik kena tekan je...suruh capai benda yang dah tahu mustahil nak capai sebab faktor luaran(orang lain). Nak buat camne....tahan je la telinga...
Kalau setakat management yang tekan aku tak kisah tapi kalau orang yang hipokrit pandai menambah-nambah memperlihatkan dia bagus kita ni tak bagus memang aku bengang. BENGANG SANGATTTTT.
Wah!! dah pandai bengang aku ni ye? Ikut rekod perkhidmatan aku yang dah nak menjangkau 10 tahun ni aku belum lagi la rasa bengang sampai tahap ni. Aku naik angin pun baru 2 kali je ngan satff aku.First time masa 2 tahun yang lalu menyebabkan staff tu bersara awal. Keduanya beberapa bulan lalu menyebabkan staff tu ditukarkan ke bahagian lain.
wah macam brutal je aku marah kan...
Hopefully kali ni aku tak naik angin. Try my best to be cool. I'm cool mannnnn. Kawan2 U dulu selalu kata aku cool sebab tak mudah naik angin atau terasa hati dan selalu bergerak sendirian...Tapi rasanya aku dah tak se cool dulu lagi... Mungkin banyak sangat stress.
Takpalah aku baru je pinjam dua buah buku untuk merawat stress ku. Dah lama tak membaca buku2 yang dulunya jadi kegemaranku. Sibuk camne pun esok aku nak berjalan ngan anak2. Lusa nak habiskan baca buku tu and nak buat kerepek ubi yang MIL ajarkan tu. Dah buat ari tu. Sayangku kata sedap cuma ada yang hangus sikit sebab terleka buat keja lain dalam masa yang sama.
Cakap pasal membaca dan memasak baru aku ingat, dulu2 kalau aku stress aku selalu memasak atau mencuci apa jugak yang ada dalam rumah(masa bujang dululah...)Membaca plak aku suka buku2 yang berunsurkan semangat dan ketenangan. Rasanya nak kena mula balik mcm dulu.
Tapi badan ni dah terlalu exhausted dah. Dulu bila mencuci rasa puas sangat dengan hasilnya sebab tak ada orang yang ganggu. Tapi skarang camne nak puas kita mencuci di sini di sana plak si 3 Princess buat kotor : ) Dulu kalau memasak rasa puas bila tengaok kawan2 makan hingga menjilat jari. Tapi skarang ni kalau masak aku je yang makan. 3 princess tak suka makan. Dipaksa baru nak makan. Skill pun dah lari....Membaca? camne nak membaca kalau nak duduk berehatpun takde masa. Tu yang buat aku jadi makin malas..bukan malas tapi tak bersemangat...
Tapi kalau dapat banyak duit nak buat gi shopping mesti aku bersemangat....tengah demampun boleh baik punya....Cuma skarang lebih banyak shopping untuk 3 princess je...
Apa pun aku masih lagi berfikiran positif. Pasti ada hikmah disebalik semua dugaan yang Allah berikan. CHAYOKKK!!!