Tepi Sg. Johor
Puan Emi, Bos minta wakilkan dia; pegi lawatan ke Johor Lama.
Alamak, bleh bawa anak tak?? Kalau boleh ok lah...
Perjalanan bermula seawal 6.30 pagi (Sabtu) menaiki bas menuju ke Kota Tinggi. Mengantuk sih....malam td ada majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang).
3 Princess yg sememangnya dah bosan dok kat rumah je seminggu ni teramatlah teruja sekali. Jam 5 pagi dah call minta buka pintu sebab malam td tido umah mak eidah. : )
Dari Kota Tinggi kena naik bot. Wah.... seronoklah budak2 tu...Tak tau bonda risau kalau ada apa2.
Tengok tu. Hepi je....
Makam Sultan Mahmod mangkat dijulang.
Sulatan Mahmod ada seekor kucing yang dipanggil 'kucing bertanduk' yang agak mistik jugak sebab kucing tu dikatakan memang ada tanduk dan boleh memberi alamat atau tanda sekiranya ada bencana yang datang.
Ada makam kucing bertanduk ni jugak kat luar makam Sultan.
Mistiknya...Batu nisan Sultan Mahmod telah patah seminggu sebelum banjir besar melanda Kota Tinggi. Tak ada angin ribut pun waktu tu. Lagipun makam ni berada dalam bangunan yang bertutup...camne bleh patah?? Kebetulan....nak patah kan....
Suka yea...baru 1 makam dikunjungi...ada lagi...
Ni makam Sultan Abdul Jalil Shah, Sultan Johor yang Pertama.
Kena melalui semak samun nak sampai ke sini.
Makam ni di bina oleh seorang warga Singapura yang kebetulan membina nursery di sini.
Katanya dia dapat mimpi , Sultan datang dalam mimpinya minta bina tempat berteduh.
Makam Bendahara Isap Misai.
Kenapelah namanya camtu???
Batu di hujung tu pun dikatakan mistik juga..
Katanya, kalau hari ni kita tengok dia ada dihujung, esok mungkin ada ditengah atau dihujung yang lagi satu.
Nak sampai sini kena naik bukit...dalam dusun yang tak terjaga Hutan tu...
3 princess steady je...bonda je yg risau....boleh ke budak2 ni masuk hutan plus tengok makam lagi..
Alhamdulillah...semua ok...
Pandai jugak budak2 ni bagi salam dan sedekahkan Al Fatihah tiap kali melalui makam dan perkuburan..
Makam Tiga Beranak.
Ceritanya camne ya dah lupa plak.
Kalau tak silap yang tengah makam Sultan Omar yang ditabal menjadi sultan pada usia 7 tahun dan mangkat pada usia 8 tahun. dikatakan mati diracun. Ada konspirasi dan ceritanya agak menarik jugak...
Kena semak balik cerita yang sebenarnya sebab masa ni bonda kepenatan panjat anak tangga yang tinggi jugak...Jadi tak fokus sangat dengan cerita pemandu pelancong.
Singgah di Tempat ternak ikan di Johor Lama.
Banyak lagi makam yang dilawati seperti makam Panglima Dayong, Makam Tun Sri Lanang, Kawasan yang dulunya menjadi istana persinggahan Sultan Johor, Pedagang.
Dulu khabarnya Sg Johor ni lebih besar. kapal besar boleh masuk tapi sekarang dah terhakis dan mula cetek...Kiri kanan bayak aktiviti korek pasir..Tak taulah secara haram atau tak. Wakil Pejabat Tanah senyum je bila ditanya.
Tak reti dok diam 3 princess ni...
dalam bot mana bleh jalan2 nanti jatuh...
Sebenarnya beralih tempat sebab Sebelah kiri bot ni panas sangat....
Tak tau penat 3 princess ni.
Dah kenyang makan tengahari di Bob Homestay yang sememangnya meriah dengan makanannya... ada asam pedas ikan siakap, ada belangkas masak lemak, kerang, udang harimau bersos, ayam masak hitam, ulam-ulaman, ikan kering, buah-buahan.Mmmm... lazat : )
No comments:
Post a Comment