Friday, November 19, 2010

SEKITAR KONVO PRINCESS YIN YIN

Diam tak diam dah sampai penghujung tahun. Princess Yin Yin dah tamat  graduation daynya hari ahad lepas. Sungguh teruja melihat keletah anak-anak kecil membuat persembahan. Walaupun tahun ni tak sehebat tahun-tahun yang lalu tapi tetap menghiburkan.

Princess YinYin dapat watak Mother duck. Tapi sayang topi yang dipakainya telah menutup mukanya. apalagi bila dia asyik membelakangi audience. Tak banyak gambarnya yang boleh diambil tapi still enjoy to see her on stage.







Thursday, November 4, 2010

Emo Tak Stabil!

Last 2 days emo bonda memang tak stabil. Marah, sedih, gembira pun ada jugak. Entahlah kenapa.
Alhamdulillah hari ni bonda dah tenang. Hopefully....semuanya ok....Lemah badan ni kalau asyik nak marah...

Malam tadi The 2 Princess tunjukkan markah peperiksaan akhir mereka. Agak mengecewakan jugak sebab tak mencapai target yang dikehendaki. Memang dua-dua kena basuh especially bila tengok yang salah rupanya soalan yang mudah. Walaupun masih dalam lingkungan ok sebab tak ada C tapi still ....

Malam tadi tengok ada perubahan sikit pada Princess Mimie. Pagi ni pun dia bangun awal dari bonda. Jangan hangat-hangat tahi ayam dah.....

Harapan bonda cuma nak lihat peribadi dan ketrampilan serta prestasi pembelajaran yang baik dari 3 Princess. Hopefully they learn something from all that had happened these few days....

Bonda will always support your good intentions if and only if you know that it comes with lots of hopes. That is you learn something from it each day and try your best to improve yourself to be a better child. Not just to me but overall to the community.

Discipline is something that you need to develop it in yourself. No one can make you to do it unless you yourself wanted to do it. It started from the moment you wake up from your sleep until you are far asleep. Plan and determine your goal for each day and acts towards achieving it. If you want to be discipline then it will follow you just like a shadow and will guide you to a great victory. In simple words : BE A GOOD DAUGHTER, GOOD STUDENT AND GOOD HAMBA ALLAH. That goes to me too....

Well, I do feel better today emosianally but my stomach seems to have problems.... Need to go then...
Bye...

P/S: Thanks for all the support given.

Tuesday, November 2, 2010

EDUCATE THE YOUNG PRINCESS?

It's easy to say go to school and make sure you listen to your teacher's. But how much do they really learn? Do they know how to use it in their lives? Practically it's not that easy to teach them. We can say this and that.Teach them everything that we know. But how can we be sure they understand it. How can we make them understand that they need to know it, they need to have knowledge to guide them through their lives?

Today, bonda naik angin dengan 3 Princess especially Princess Mimie. Dah banyak kali diingatkan benda yang sama tapi masih juga tak faham dan tak mau faham. Entah kenapa asyik je naik angin dengan 3 princess. Sometimes rasa nak pergi jauh je dari tanggungjawab yang berat ni. Tapi inilah anugerah Tuhan dan inilah dugaanNya. Makin tambah usia 3 Princess makin bertambah jugalah tanggungjawab bonda untuk memastikan semuanya ok. From A to Z.

At time like this make me wish there's someone here with me, support me and give me solutions even though it's a silly one.  But hey! I'm alone eventhough I do have a partner.  Not that I wanna complaint or what but sometimes it's there Questioning me towards my life.

I guess Lonely will never leaves me behind. Always there where ever I go. That's what I feel now. Lucky me the only things that keep me going is my desire to do it right. My way. Not what people say or what people think. Just my way..............................

There are so many things inside my thick head. Feel like it's gonna explode. Got to be more patient and leaves it to God then.

Ya Allah,
Ya Rohman,
Ya Rohim,
Ya Malik,
Ya Qudus,
Ya Salam,
Ya Mu'min,
Ya Muhaimin,
Ya Aziz,
Ya Jabar,
Ya Mutakabbir...................................

Friday, October 29, 2010

Education Is A Lifelong Affair

All of us have lessons we refuse to learn. But we keep bumping into sticky situations until we grow up and deal with them. If we get His point then.

Then again Life is complicated. It starts before we're ready, it continues while we're still trying to figure out the point of it. And it ends long before we've worked out just what to do. I read this from somewhere- forgot already where from.

What a blessing if what we are meant to do in our life is just that - school. No worries, no headache of the financial, politics, social or what so ever.

But then again schooling nowadays is a lot different from years ago. In those days we've been taught to be polite, how to survive in a simple world and prepare us  for life.

Nowadays schooling means you had to compete with each other. Childrens are dumped with complicated subjects that they hardly understand why they have to learn it. Furthermore some of it it has very few use in the years ahead. Well maybe a few  is useful. But most of it will lost as we get older.

Wah! hebatnya entri kali ni. Aku ke yang tulis ni.....

Sedang buntu mencari idea nak dimuatkan dalam assignment merepeklah sekejap kan. Susahnya nak buat assignment berbentuk perbincangan ni. Selalu buat proposal.... memang no hal...sekejapan dah siap. Boleh buat slide presentation yang giler punya. Tapi bila kena buat assignment ala ala masa zaman belajar dulu dah macam orang bodoh pulak. Tak tau mana nak mula, nak masukkan perkara apa, contoh yang bagaimana, nak menjurus kepada amalan positif atau negatif. Ahh!!! pening.....

Mungkin betul jugak cakap rakanku kena berjumpa bos lama ku....topic  yang aku dapat lebih kepada pekerjaan bos lama ku. Yap...thats what I'm gonna do today......Interview my old boss.

Busy la sangat kan?!

Monday, October 25, 2010

BULAN PEPERIKSAAN

Bukan setakat anak2 je yang periksa, ibu dan ayah pun sama, ada periksa. Disuruh belajar...belajarlah sangat....pegang buku tapi mata ke arah tv. Sekejap je dah belayar ke tempat lain. Di ajak pegi shopping semua laju....

Cuba kalau ajak belajar sama excitednye macam nak pegi shopping.... >___<

Hari ni first time Princess Yin Yin periksa. Risau jugak sebab tak tau macam mana prestasi dia sebelum ni. Belum pernah diduga. Biasa kalau ditanya ada masanya dia dah kenal huruf tapi ada masa terlupa pulak...Lebih risau sebab dia suka tulis terbalik....Hopefully semua ok.

Princess Wawa dah habis periksa sekolah agama. Ok lah kot. Esok bermula periksa sekolah kebangsaan. Tak tau lah macammana.

Princess Mimie lagilah merisaukan sebab sekolah agama dan sekolah kebangsaan periksa serentak mulai esok. Dia rileks je. Bonda yang kecut perut. Hai Princess Mimie tolonglah serius sikit belajar. Tahun depan dah nak UPSR. Kalau asyik main je macam mana nak masuk asrama nanti.

Bonda doakan anak2 bonda semua success selalu. Bonda pun nak kena serius belajar jugak ni. Bulan depan ada periksa(interview plus pembentangan paper). Semoga semuanya berjalan lancar dan lulus dengan cemerlang.

Ayahandapun ada penilaian kompetensi jugak katanya. Ayahanda takpelah selalu  cemerlang. Setakat gap kompetensi rasanya no problem kan ayahanda. Doaku untukmu... chewah... =) 


Nak main congkak pun kena belajar jugak tau. Tak boleh main hentam je.....Walaupun dapat kutip buah banyak tapi kalau tak pandai main tapak boleh kalah jugak.
Nasib baik bonda boleh menang main congkak ari tu...Straight set tu.... Best betul kalau dapat belasah orang. Tapi bila time bonda  yang kena belasah mulalah cari alasan....salah kiralah...mata salah tengoklah....Dah kalah dah la tu bonda... Bonda menangpun team kalah tak boleh buat apa jugak.... Yang penting sporting. =P

Monday, October 18, 2010

PERIKSA, DIPERIKSA, MEMERIKSA DAN DIPAKSA

Waduh-waduh....sibuk dan kecoh mengalahkan  kaunter saham. Biasalahkan...bila bulan Oktober menjelang semua aktiviti nak buat. Masing-masing nak  penuhkan KPI dan habiskan bajet yang ada. Biarpun hasilnya pasti tak seberapa sebab nak kejar masa...Bilalah nak berubah....tak faham dan buat buat tak faham je lah kan...

Sukan kelab bermula last week. Aku ok je macam biasa mesti sporting. Tapi tak faham anak muda sekarang semua tak boleh main. Dah tau tak pandai main belajarlah kan. Ni suruh cubapun taknak. Camne... Main game komputer je yang diaorang tahu tak pun main FB. Badan boleh tahan kalau nak dibandingkan dengan aku yang sekeping ni. tapi nak suruh menjentik carom pun susah inikan pulak nak suruh main badminton, netball atau main pingpong.

Yang diaorang berebut nak main; congkak n batu seremban. Agak-agaklah sikit dik oi...permainan tu bagilah kat veteren yang dah longgar skrunya. Yang masih sihat mainlah yang keluarkan peluh ya tak?

Eh macam tak puas hati je ni... memangpun apa tak nye kebanyakan budak-budak tu masa interview dulu semua boleh hatta suruh menyanyipun boleh. Tapi bila dah ditawarkan kerja lain pulak jadinya...

Sesibuk aku dan geng-geng seangkatan aku yang sedang sibuk siapkan assignment PTK dan persediaan peperiksaan pun masih boleh bagi kerjasama. Sportinglah kan.... Bukannya nak kena berlatih macam nak pergi sukan komenwel. Sekadar sukan antara anggota je.

Eh! tajuk entry lain tapi dah melalut ke lain pulak.

Sebenarnya tengah kering idea ni nak buat assignment. Almaklum dah lama tak buat assignment nak pulak tu tajuk Pengurusan Harta yang dah lama ku tinggalkan. Diam tak diam dah 13 tahun aku tak tengok benda ni. Buku rujukanpun takde cuma ada nota dari penolong aku je. Tu pun nasib baik dia pergi kursus hari tu..... Aduh....camne nak amik periksa ni......

Bajet 2010 lambat sangat kluar. Mansuh kan PTK bulan Jun. Habis tu skarang ni nak on ke tak amik PTK ni. Tak kan tak amik jadual dah kluar. Tajuk assignmentpun dah dapat....

Mana sibuk nak buat pemeriksaan audit ISO ngan asset lagi.

Last week dah kena audit, skarang kena jawab audit...(audit kewangan). Pas ni kena siapkan laporan audit. Eh dah macam jawat jawatan juruaudit professional pulak. Kalau dapat gaji lebih lain lah kan....

Inilah dilema makan gaji dengan kerajaan. Orang selalu kata kerja kerajaan senang . Goyang kaki... Pegi pagi balik awal.....Tapi hakikatnya kami dibebani kerja2 yang bukan kerja hakiki hatta delegasi Sabah datang ke Johorpun kami kena jadi tourist guide. Ai mana tourist guide yang betul ni....
Bila pulak Pegawai Penilaian kena merangkap jadi pegawai pelancongan dalam masa yang sama jadi Juruaudit, jadi pemeriksa asset, jadi penilai sebutharga, urusetia KPI, jaga orang miskin lagi....

Nasib la kan....

Terbaru terpaksa lah terima hakikat lepas ni dapat bos baru yang khabarnya sangat tegas dan demanding. Memo dah kluar. Rombakan semua bos2. 1hb ni dapat bos baru. Nak sediakan laporan serah tugas ni pun satu hal jugak....Malasnya nak buat semua ni.

Budak2 pun tengah minggu periksa ni. Mula ngan sekolah agama. Budak2 yang periksa aku yang risau lebih....Macam ni perasaan mak ngan abah masa aku amik periksa dulu kan...Risau je...lebih risau lagi bila tengok budak2 tu rileks je. Sempat main FB lagi... Walaupun dah macam2 diomelkan....

What  to do... Berdoa dan berserah je semoga semuanya berjalan lancar.


Ni pun kerja aku jugak ni melayan princess ni kalau pengasuhnya tak ade.
Bulan depan conform sebulan dia takde. sape pulak nak tengokkan budak2 tu.
Aku ada kursus PTK 2 dan 3 hb.
Kalau buat kat sini je takpe lah kot. Tapi kalau buat kat tempat lain  jenuh aku.

Monday, October 4, 2010

PECAH RUMAH

Orang sibuk beraya, dia sibuk pecah rumah orang. Hari tu motor rakanku hilang waktu dia ada dirumah tapi tak sedar orang ambil motornya. Sabtu lepas rumah one of my boss kena pecah masuk. Habis handphone dan laptop kena curi. Baru je Boss tu bercerita kes pecah rumah masa mesyuarat Jumaat lepas tup2 rumah dia kena.....
Meter air dan penutup longkang pun dikebas orang jugak. Alkisah apa jugak barang yang boleh dibawa lari di ambilnya.
Risau gak ni...Kena kunci pintu pagar selalu. Extra precaution...
Bukan tu je, kes larikan budakpun dah ada kat kawasan Pengerang. Camne ni....Dah tak selamat lagi....
Bertawakal je lah... Kalau nak awasi semua memang tak mampu, cuma berusaha sebaik mungkin dan berserah kepadaNya.
Ni 3 Princess, Bonda nak pesan Jangan berjalan sendirian merata-rata. Bahaya! Duduk je kat rumah mak Eidah tu diam2 sampai bonda balik. Kalau dah balik rumah no more main basikal merata-rata tau.

Semoga Allah melindungi keluargaku serta harta bendaku.......