Wednesday, July 14, 2010

Kanak-kanak 5 tahun bersekolah!

Pagi ni gi perjumpaan di sekolah tadika princess YinYin. Orang pertama sampai di sekolah. Alhamdulillah dapat berbual panjang ngan cikgunya...Princess YinYin takde masalah pembelajaran. Thats good. Tapi tak boleh nak nilai sangat sebab takde peperiksaan. Katanya Kementerian tak benarkan buat penilaian secara peperiksaan dan ranking anak2. So camne nak tau anak tu ok atau tak. Nampak gayanya kena buat peperiksaan sendiri ni....

Lebih mengejutkan bila Head of School bagi tau mulai tahun depan(2011) semua kanak2 berusia 5, 6, dan 7 tahun akan mula bersekolah di Tahun 1. Ha! Camne tu?

Kecik2 dah kena sekolah? Anakku masih bergantung ngan botol susunya dan pakai diapers waktu tidur. Camne nak survive kat skolah. Di tadika bolehlah. Perhatian guru berlainan.

Khabar angin je ke? Ari tu adala dengar kat berita tapi ingatkan dalam kajian lagi. Dah nak dilaksanakan?Tadi cikgunya cakap dah terima surat hitam putih dari Kementerian. Maknanya betul la tu...

Wah kena buat persediaan ni...Persediaan apa ya? Can't imagine Aiman yang kecik tu gi Skolah nanti. Bersedialah ibu-ibu.....

Monday, July 12, 2010

Surprised!

Sambutan birthdayku?
Wah! terharunya...
Thanks my frenz
Hahaha...
Macamla spesial sangat aku ni pada teman-temanku...
Ni kan acara yang biasa diraikan hampir setiap bulan di pejabat.
Yang penting cinta sayangku tak lupa nak raikannya denganku.



Friday, July 9, 2010

KEJA,KEJA,KEJA, DAN KEJA LAGI....

Bunyi cam boring je tajuk entry kali ni...memang boringpun :p
Camne tak boring keja asyik bertambah je.... lebih-lebih lagi ngan adanya ayat arahan dari semasa ke semasa dalam senarai tugasku. Kalau setakat kena hadir mesyuarat atau ganti bos buat sesuatu ok lagi tapi kalau nama kita je yang dicalonkan jadi jawatankuasa tu jawatankuasa ni camne?? Macam dah takde orang lain plak...Penat rasanya...buat keja jawatankuasa lebih banyak dari keja hakiki. Nak tolak tak boleh. Kes Paksa Rela sebab ayat yang terakhir dalam senarai tugas :bertanggungjawab melaksanakan arahan dari semasa ke semasa.

Kalau dah dilantik jadi jawatankuasa di beri penghargaan ataupun sekurang-kurangnya pujian ok jugakla...Ni dahla tak dapat apa2 asyik kena tekan je...suruh capai benda yang dah tahu mustahil nak capai sebab faktor luaran(orang lain). Nak buat camne....tahan je la telinga...

Kalau setakat management yang tekan aku tak kisah tapi kalau orang yang hipokrit pandai menambah-nambah memperlihatkan dia bagus kita ni tak bagus memang aku bengang. BENGANG SANGATTTTT.

Wah!! dah pandai bengang aku ni ye? Ikut rekod perkhidmatan aku yang dah nak menjangkau 10 tahun ni aku belum lagi la rasa bengang sampai tahap ni. Aku naik angin pun baru 2 kali je ngan satff aku.First time masa 2 tahun yang lalu menyebabkan staff tu bersara awal. Keduanya beberapa bulan lalu menyebabkan staff tu ditukarkan ke bahagian lain. wah macam brutal je aku marah kan...

Hopefully kali ni aku tak naik angin. Try my best to be cool. I'm cool mannnnn. Kawan2 U dulu selalu kata aku cool sebab tak mudah naik angin atau terasa hati dan selalu bergerak sendirian...Tapi rasanya aku dah tak se cool dulu lagi... Mungkin banyak sangat stress.

Takpalah aku baru je pinjam dua buah buku untuk merawat stress ku. Dah lama tak membaca buku2 yang dulunya jadi kegemaranku. Sibuk camne pun esok aku nak berjalan ngan anak2. Lusa nak habiskan baca buku tu and nak buat kerepek ubi yang MIL ajarkan tu. Dah buat ari tu. Sayangku kata sedap cuma ada yang hangus sikit sebab terleka buat keja lain dalam masa yang sama.

Cakap pasal membaca dan memasak baru aku ingat, dulu2 kalau aku stress aku selalu memasak atau mencuci apa jugak yang ada dalam rumah(masa bujang dululah...)Membaca plak aku suka buku2 yang berunsurkan semangat dan ketenangan. Rasanya nak kena mula balik mcm dulu.

Tapi badan ni dah terlalu exhausted dah. Dulu bila mencuci rasa puas sangat dengan hasilnya sebab tak ada orang yang ganggu. Tapi skarang camne nak puas kita mencuci di sini di sana plak si 3 Princess buat kotor : ) Dulu kalau memasak rasa puas bila tengaok kawan2 makan hingga menjilat jari. Tapi skarang ni kalau masak aku je yang makan.  3 princess tak suka makan. Dipaksa baru nak makan. Skill pun dah lari....Membaca? camne nak membaca kalau nak duduk berehatpun takde masa. Tu yang buat aku jadi makin malas..bukan malas tapi tak bersemangat...

Tapi kalau dapat banyak duit nak buat gi shopping mesti aku bersemangat....tengah demampun boleh baik punya....Cuma skarang lebih banyak shopping untuk 3 princess je...

Apa pun aku masih lagi berfikiran positif. Pasti ada hikmah disebalik semua dugaan yang Allah berikan. CHAYOKKK!!!

Monday, July 5, 2010

Audit SIRIM

Aduih! Audit SIRIM datang lagi. Buat aku  kecut perut. Apa taknya jadi Ketua Juruaudit Dalam semua aku kena tau. Akulah orang first yang SIRIM nak jumpa. Audit kali ni pulak untuk Persijilam MS ISO 9001:2008.

Walaupun dah semak banyak kali tapi masih risau gak sebab ada jugak laporan dari kumpulan audit yang tak lengkap.Tapi macam biasa aku buat cool je. Pandaila nanti kita kelentong juruaudit tu. Tapi biasanya aku akan elakkan diri dari terjebak menjawab soalan yang boleh mengaitkan aku ngan benda2 yang tak brapa nak ok.

Alhamdulillah, semua berjalan lancar...sukanya aku bila tak ditanya benda2 yang aku nak elakkan... hahaha...Lebih membanggakan dia puji team aku yang dah tunjukkan peningkatan....Cayok!!!
Belum boleh bergembira sangat, audit belum habis lagi...Part aku je yang baru habis. Pas ni banyak lagi yang nak kena audit sepanjang 3 hari ni.

Enough about my work which will never end....

Today Princess Wawa and Princess Yin Yin tak pegi skolah. Batuk dan demam sikit. Tapi yang sebenarnya nak dok kat rumah sebab ayahanda ada kat umah....Almaklum jarang jumpa ayahanda kerana urusan negara..(negara la sangat kan)

2 days ago birthday Bonda. Ayahanda belikan jam tangan baru. Ganti jam bonda yang dah rosak.
Thank you sayangku. Jangan serik bagi hadiah kat bonda tau...

Have to go now. Nanti update lagi.

Monday, June 21, 2010

LAST STOP


Journey belum berakhir, dah kenyang makan kita ke Taman buaya plak.....
Aik! naik mpv plak. Mana bas?
Satu bas lagi dah bertolak balik sebab ramai yang dah pancit...perjalanan yang adventerous la katakan...
Tinggallah yang naik mpv dan van je pegi taman buaya...rugi tau tak pegi...sponsored ni...
3 Princess memang tak tau penat : p

ceh...macam berani pegang anak buaya...

Pucat muka 3 Princess bila anak buaya buka mulutnya >__<
Jangan main-main walaupun kecil boleh putus gak jari digigitnya.


Besarnya buaya ni...
ada yang dah berusia 135 tahun tau...



Banyaknya buaya....ni sebahagian je..
semua keja tido je.... bila dijolok ngan kayu barulah bergerak...
Eh! buaya tido nganga la...mcm....shhh...rahsia...


-Cacat sejak lahir-

Wah! sakan posing..

Dah abis lawatan hari ini.
Ada stop lagi?? Cendol time!
Tapi blum apa2 dah tertido dlm mpv.
dah muncunglah jadinya bila dikejutkan untuk pekena cendol..
Thanks 'Mama' aka Pn Noriah belanja minum da n arrangekan lawatan ni.
Thanks to bos yang tak nak pegi lawatan ni... dapat 3 princess satu aktiviti penutup cuti sekolah.
Ingatkan nak bawak gi mandi laut je sambil bonda teruskan kelas scuba diving.
Maybe next time.

Belajar Sejarah Negeri Johor

Tepi Sg. Johor



Puan Emi, Bos minta wakilkan dia; pegi lawatan ke Johor Lama.
Alamak, bleh bawa anak tak?? Kalau boleh ok lah...

Perjalanan bermula seawal 6.30 pagi (Sabtu) menaiki bas menuju ke Kota Tinggi. Mengantuk sih....malam td ada majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang).

3 Princess yg sememangnya dah bosan dok kat rumah je seminggu ni teramatlah teruja sekali. Jam 5 pagi dah call minta buka pintu sebab malam td tido umah mak eidah. : ) 

Dari Kota Tinggi kena naik bot. Wah.... seronoklah budak2 tu...Tak tau bonda risau kalau ada apa2.




Tengok tu. Hepi je....


Makam Sultan Mahmod mangkat dijulang.
Sulatan Mahmod ada seekor kucing yang dipanggil 'kucing bertanduk' yang agak mistik jugak sebab  kucing tu dikatakan memang ada tanduk dan boleh memberi alamat atau tanda sekiranya ada bencana yang datang. 
Ada makam kucing bertanduk ni jugak kat luar makam Sultan.

Mistiknya...Batu nisan Sultan Mahmod telah patah seminggu sebelum banjir besar melanda Kota Tinggi. Tak ada angin ribut pun waktu tu. Lagipun makam ni berada dalam bangunan yang bertutup...camne bleh patah?? Kebetulan....nak patah kan....


Suka yea...baru 1 makam dikunjungi...ada lagi...



Ni makam Sultan Abdul Jalil Shah, Sultan Johor yang Pertama.
Kena melalui semak samun nak sampai ke sini.
Makam ni di bina oleh seorang warga Singapura yang kebetulan membina nursery di sini.
Katanya dia dapat mimpi , Sultan datang dalam mimpinya minta bina tempat berteduh.




Makam Bendahara Isap Misai.
Kenapelah namanya camtu???
Batu di hujung tu pun dikatakan mistik juga..
Katanya, kalau hari ni kita tengok dia ada dihujung, esok mungkin ada ditengah atau dihujung yang lagi satu.
Nak sampai sini kena naik bukit...dalam dusun yang tak terjaga Hutan tu...
3 princess steady je...bonda je yg risau....boleh ke budak2 ni masuk hutan plus tengok makam lagi..
Alhamdulillah...semua ok...
Pandai jugak budak2 ni bagi salam dan sedekahkan Al Fatihah tiap kali melalui makam dan perkuburan..



Makam Tiga Beranak.
Ceritanya camne ya dah lupa plak.
Kalau tak silap yang tengah makam Sultan Omar yang ditabal menjadi sultan pada usia 7 tahun dan  mangkat pada usia 8 tahun. dikatakan mati diracun. Ada konspirasi dan ceritanya agak menarik jugak...
Kena semak balik cerita yang sebenarnya sebab masa ni bonda kepenatan panjat anak tangga yang tinggi jugak...Jadi tak fokus sangat dengan cerita pemandu pelancong.


Singgah di Tempat ternak ikan di Johor Lama.
Banyak lagi makam yang dilawati seperti makam Panglima Dayong, Makam Tun Sri Lanang, Kawasan yang dulunya menjadi istana persinggahan Sultan Johor, Pedagang.
Dulu khabarnya Sg Johor ni lebih besar. kapal besar boleh masuk tapi sekarang dah terhakis dan mula cetek...Kiri kanan bayak aktiviti korek pasir..Tak taulah secara haram atau tak. Wakil Pejabat Tanah senyum je bila ditanya.




Tak reti dok diam 3 princess ni...
dalam bot mana bleh jalan2 nanti jatuh...
Sebenarnya beralih tempat sebab Sebelah kiri bot ni panas sangat....


Tak tau penat 3 princess ni.
Dah kenyang makan tengahari di Bob Homestay yang sememangnya meriah dengan makanannya... ada asam pedas ikan siakap, ada belangkas masak lemak, kerang, udang harimau bersos, ayam masak hitam, ulam-ulaman,  ikan kering, buah-buahan.Mmmm... lazat : )


Monday, June 14, 2010

BALIK DARI CUTI YANG PANJANG..............

Yey!! mula keja balik...yey! ye la tu....mcm la rajin sgt nak keja kan.

3 Princesspun dah mula berada di mood malas jugak...
sume bangun tido dok depan tv.
Waktu ku jenguk tadi kira2 jam 10 pg;  masih blum mandi.
Sian Princess Mimie, hamsternye dah jd arwah smalam. Mungkin kesejukan....
Takpelah kan...Princess Mimiepun teramatlah rajinnye nak jaga hamster tu kan.......

CUTI PEGI MANA???????

Mana lagi kalau bukan kerumah mak n mil bergilir2. Jap di Simpang, jap di Ayer Putih. Jap gi mandi sungai, jap gi shopping ngan mil, gi mandi air terjun, gi shopping ngan mak n most of the time laypark ngan family. best giler....tak caya tanya  3 Princess sebab depala yang paling teruja skali....terutama bila kena gi cabut gigi beramai ramai....haha....menangis bagai dunia nak kiamat.
Princess Wawa je yang tunjuk berani belum suruh nganga dah nganga dah...tp dah takde gigi yang nak dicabut....sume dah nak jatuh dah...tunggu je la...


iye je seronok...
tak sampai 5 minit sume dah kesejukan....
hujan plak tu...

tengok tu sume dah menggeletar....

termasuk gambarnye skali


macam pandai berenang....
eleh...yg tangkap gambarpun teringin gak nak mandi...



ha! kecik2 baik bukan main...nanti dah besaq..?
Tak tau lah lagi...harap2 terus rapat macam skarang :)



dah sejuk la tu...dok kat tepi je..





Eh! sesat plak gambar ni..
saje nak tunjuk gi scuba le tu...
ambik ko...sakit badan seminggu tak hilang..


dapat jugak jumpa ngan Rizq setelah menunggu sekian lama
walaupun sekejap cuma.
tomenye dia.....


Bila dah tiba waktu mengundur diri maka berlakulah drama minggu ini...
Babak tangisan oleh Princess Wawa; Taknak balik lagi....nak bawak Iman balik sama??
 Babak memasamkan muka oleh Princess Mimie; muncung je mulut tu macam tikus mondok plak...
Princess Yin Yin pun sama gak tapi kejap je...

Apa2 pun syukur kerana diberi peluang bercuti dan paling bersyukur perjalanan yang jauh berjaya ditempuh ngan selamat walaupun ada apek sengal yg cross dari lorong paling kanan nak ke lorong paling kiri secara tiba2. Nasib baik pemandu ni dah Pro dan tak ngelabah....